Followers

rantau ku sayang

Thursday, June 26, 2014

PM jelas sebab tak rombak kabinet...

Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan sebab mengapa beliau tidak membuat sebarang perubahan kepada barisan kabinet yang dilantik selepas pilihanraya umum ke 13 lalu.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas umum tambahan anggota kabinet dari pimpinan MCA dan Gerakan Rabu,Perdana Menteri kata beliau berpuashati dengan barisan kabinet berkenaan.

"Kabinet sedia ada hanya dibentuk baru saja setahun, kita perlu beri mereka masa untuk berkhidmat dan kita akan kaji semula jika perlu apabila tiba masanya," katanya.

Najib menjangkakan mereka yang baru dilantik dalam barisan Kabinet itu akan menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan dengan baik.

"Ini merupakan kerajaan Barisan Nasional, oleh itu walaupun kita mewakili parti komponen masing-masing, dalam masa yang sama kumpulan etnik kita juga, tapi jangan lupa kepada tanggungjawab yang lebih besar lagi iaitu kita secara keseluruhannya ialah sebuah kerajaan BN, jadi kita perlu mengmbil kira kepentingan semua komuniti," katanya.

Najib berkata pembesaran Kabinet akan membawa kepada perbincangan yang lebih bermakna di peringkat Kabinet kerana mereka akan berupaya mendapat pandangan yang lebih luas dan pelbagai.

Beliau juga mahu memastikan saiz Kabinet tidak akan menjadi masalah dari segi membuat dan melaksanakan sebarang keputusan.

Mengenai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang memandangkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak lagi memangku jawatan menteri pengangkutan, Najib berkata perbincangan akan diadakan antara Hishammuddin dan Liow mengenai tindakan seterusnya berhubung MH370.

Sementara itu berhubung kekosongan kerusi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berikutan peletakan jawatan P.Waytha Moorthy, beliau berkata tiada keperluan untuk mengisi kekosongan itu.

Beliau berkata ini kerana terdapat satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Hal Ehwal kaum India dan semua menteri serta timbalan menteri yang mewakili kaum India telah diberi tugas dan tangungjawab masing-masing secara terperinci.

"Satu unit juga telah diwujudkan di JPM untuk membantu dari segi memantau keputusan dan cadangan baharu kepada pihak kerajaan, jadi masalah kaum India tetap diberi perhatian berat oleh kerajaan," katanya.

Mengenai pertambahan timbalan menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Najib berkata terdapat keperluan untuk pelantikan itu bagi menangani tugas-tugas tertentu terutama isu berkaitan kaum.

Misalnya pelantikan Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat jeas beliau adalah termasuk untuk berurusan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada kaum Cina.

Pelantikan Datuk Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Kewangan boleh membantu berurusan dengan usahawan kecil dan sederhana yang banyak terdiri daripada kaum Cina, katanya. 

No comments:

Post a Comment