Followers

rantau ku sayang

Wednesday, June 25, 2014

Apakah ini bayangan PM rombakan kabinet sudah dekat?

Ada kalanya tidak payah panjang-panjang...sepatah perkataan pun sudah cukup.

Pada ketika semua orang bercakap mengenai teka teka bila agaknya rombakan kabinet,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun  Razak Selasa memberi bayangan yang mencuri perhatian.

Ini bila beliau sentuh tentang Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang sejak kabinet selepas pilihanraya umum ke 13 memegang jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.

Semua orang tahu lambat laun beliau terpaksa melepaskan jawatan itu.

Besar kemungkinan ia bakal disandang oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai atau Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong yang sudha pasti akan masuk kabinet dalam rombakan kali ini.

Cuma bila?

Ketika dihujung ucapan beliau semasa merasmikan lapangan terbang baru KLIA2 di Sepang petang Selasa ada menyebut majlis ini mungkin yang terakhir bagi Hishamuddin sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan.

Hishamuddin hadir sama di majlis itu.

Beliau mengucapkan terima kasih atas khidmat Hishamuddin yang juga Menteri Pertahanan dalam portfolio pengangkutan itu khususnya dalam menangani insiden MH370.

"Ini mungkin majlis rasmi terakhir anda sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan," katanya secara berseloroh.

Bagi para pemerhati politik kata-kata ringkas sudah cukup untuk dianggap sebagai bayangan besar kemungkinan rombakan kabinet sudah dekat.

Malah ada yang meramalkan ia bila-bila masa dalam minggu ini. 

No comments:

Post a Comment