Followers

rantau ku sayang

Thursday, June 26, 2014

Juara Liga Super 2014: Khamis Cuti Umum Johor

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim mengumumkan bahawa Khamis, 26 Jun sebagai cuti umum bagi negeri itu berikutan pasukan Johor Darul Takzim FC (JDT) bergelar juara Liga Super 2014 pada malam Rabu.
Pengumuman itu dibuat di Dataran Bandaraya di sini dalam satu perhimpunan yang terdiri daripada para penyokong JDT yang menonton siaran langsung perlawanan antara pasukan itu dengan Sarawak di Stadium Negeri di Kuching, Sarawak.
JDT menewaskan Sarawak dengan 1-0, diikuti dengan Selangor yang mengungguli tempat kedua.
“Keputusan untuk menjadikan esok (Khamis) sebagai cuti umum selepas mendapat perkenan Sultan Johor.
“Ia merupakan kemenangan besar buat Johor selepas gagal untuk memegang sebarang gelaran sejak 24 tahun lalu,” katanya ketika dihubungi.
Beliau menambah, cuti umum itu sebagai tanda kesyukuran buat rakyat Johor.
Ia merupakan kemenangan pertama untuk JDT sebagai kelab bola sepak, apabila negeri itu sebelum ini memenangi liga itu pada 1991.

No comments:

Post a Comment