Followers

rantau ku sayang

Tuesday, June 17, 2014

Hot! Selepas Cukai Katil Sekarang Cukai Kerusi Meja Di Naikan Pula,Cara Regim DAP PP Berjiwa Rakyat Cari Makan.


Selepas naik charge parkir kereta,cukai pintu,cukai tanah,tarif air,sewa kedai,cukai katil..sekarang regim DAP Pulau Pinang  dan Lim Guan Eng yang berjiwa rakyat secara inovatif menaikan pula cukai kerusi.

Usaha ini sudah pasti mendapat sokongan daripada rakyat marhain,apatah lagi kos kenaikan harga cukai kerusi dan meja akan ditanggung oleh peniaga.Nah secara otomatik harga barang boleh dinaikan yang kemudiannya rakyat yang terpaksa menanggung yang akhirnya akan menyalahkan kerajaan BN.
Regim DAP di Pulau Pinang sesuka hari diperbolehkan membuat apa saja kerana kekebalan yang mereka ada yang akhirnya boleh diludah dan dipersalahkan kepada Umno dan BN.
Ditambah pula kalangan rakyat kesemuanya hampir 99% bebal yang tidak nampak penangan kerja gampangan ultrakiasu rasis chauvanis DAP ini maka mereka akan sangka si tokong ini tuhan walhal sebaliknya adalah syaitan.
sumber pihak MPSP sudah pun mengesahkan untuk menaikkan pula cukai kerusi dan meja daripada kadar semasa RM20 menjadi RM50 bagi setiap satu meja dan 4 buah kerusi yang diletakkan di luar kawasan premis perniagaan.
Sebagaimana yang sering kita lihat kebanyakkan restoran mahupun kedai-kedai makan sering kali meletakkan meja dan kerusi diluar kawasan perniagaan contohnya di kaki lima mahupun lot-lot parking berhadapan dengan premis perniagaan untuk para pelanggan yang mahukan suasana yang lebih terbuka.
Seperti kebiasaannya pemilik perniagaan tersebut akan membuat permohonan tapak dan perlu membuat pembayaran kepada pihak Majlis Perbandaran.
Kini dengan keputusan untuk menaikkan cukai kerusi dan meja tersebut sudah pasti akan membebankan para peniaga di Pulau Pinang dan ini memungkinkan kepada punca kenaikan harga makanan serta minuman memandangkan pihak peniaga perlu mengeluarkan kos tambahan untuk menjelaskan cukai baru itu nanti.
Walau bagaimanapun keputusan bila ianya akan dikuatkuasakan masih belum dapat dipastikan namun seperti keadaan yang pernah berlaku sebelum ini kenaikan itu hampir pasti berlaku memandangkan kadar sewa tapak perniagaan MPSP turut akan dinaikkan pada bulan September nanti.
Dalam hal-hal tertentu kenaikan kadar sewa mahupun cukai sememangnya perlu memandangkan terdapat beberapa kos lain yang perlu ditanggung oleh pihak berwajib turut meningkat.
Namun sebagai sebuah kerajaan negeri yang sering menuding jari kepada kerajaan pusat khususnya dalam hal peningkatan kos harian selain daripada proses pengenalan cukai GST yang dikatakan bakal membebankan rakyat , Lim Guan Eng seharusnya membuktikan bahawa dalam keadaan sebegini pimpinan DAP melalui kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan mengambil keputusan yang boleh membebankan rakyat.
Seharusnya kerajaan negeri Pulau Pinang perlu menanggung segala kos tersebut sejajar dengan matlamat kerajaan negeri menjadi kerajaan berjiwa rakyat.
Namun agak malang apabila keputusan demi keputusan telah dilakukan oleh pucuk pimpinan semenjak dua penggal DAP menguasai Pulau Pinang dengan menjadikan rakyat serta pengguna sebagai mangsa.
Soalnya adakah kerajaan negeri DAP benar-benar berjiwa rakyat atau sekadar gimik politik ? 

No comments:

Post a Comment