Followers

rantau ku sayang

Monday, June 16, 2014

ANWAR IBRAHIM BERNASIB BAIK !!

Kita tentu berasa mual dengan tohmahan dan fitnah Anwar terhadap kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya semasa sessi temuramah dengan Stephen Sackur, wartawan BBC News. 




Dalam masa yang sama, Anwar sepatutnya bersyukur kerana Stephen Sackur tidak berapa arif tentang perkembangan terbaru dan semasa politik negara ini.

Jika tidak, Anwar mungkin lebih teruk 'dibelasah' dan dimalukan jika Stephen Sackur menanyakan isu-isu yang memalukan Anwar seperti pemilihan PKR yang sangat teruk penuh dengan penipuan, korupsi, salah guna kuasa, pengundi hantu dan pergaduhan yang menjatuhkan imej Anwar dan PKR.

Begitu juga dengan pemilihan CEC DAP yang sangat memalukan sehingga diadakan pemilihan semula. Yang lebih memalukan ialah rakan politik Anwar, Lim Guan Eng DAP yang ditolak jatuh ke tangga 5 dan undi popular yang merosot.

Tetapi Lim Guan Eng dengan tanpa malunya memegang jawatan tertinggi dalam DAP manakala yang lebih baik daripada beliau hanya sekadar memegang jawatan biro.

And now they are talking about popular votes. Sungguh hipokrit!

MiM percaya Anwar akan tergagap jika wartawan BBC menanyakan isu-isu ini.
Wartawan BBC News, Stephen Sackur mempertikaikan jawapan yang diberikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi temu bual yang dikendalikannya di stesen penyiaran tersebut di London, United Kingdom (UK), baru-baru ini.

Sebaik sahaja temu bual dimulakan, Anwar cuba meraih simpati dengan menjaja kisahnya berdepan dengan kerajaan Malaysia yang didakwa bersifat autoritarian.

Walau bagaimanapun, Sackur mengingatkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bahawa mahkamah merupakan institusi yang mengadili kes liwatnya.

Sackur seterusnya mempersoalkan ke­nyataan Anwar yang mendakwa mahkamah dan media di Malaysia tidak bebas.

“Anda telah me­nyampaikan mesej itu kepada rakyat Malaysia sejak bertahun-tahun lalu tetapi nampaknya mereka tidak menerimanya. Maksud saya, pihak pembangkang telah mela­ku­kan segala-galanya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) namun anda masih tidak boleh menang," katanya.

Sackur kelihatan hairan apabila Anwar menyatakan pihak pembangkang mengatasi Barisan Nasional (BN) dari segi undi popular sambil mengi­ngatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu BN memenangi lebih banyak kerusi Parlimen.

Beliau turut berpandangan, tiada tanda yang menunjukkan rak­yat Malaysia akan berdemonstrasi di jalanan sekiranya Anwar gagal dalam rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu yang menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atasnya kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Dalam nada sinis, Sackur menyifatkan tindakan Anwar mengalihkan topik perbincangan dari isu politik Malaysia kepada insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai ‘menarik’.

“Kerajaan Malaysia mendakwa anda mempolitikkan isu tersebut yang secara jelas mengecewakan keluarga para penumpang dan anak kapal yang masih hilang.

“Juga sangat sensitif dan anda berterusan mempolemikkannya serta menimbulkan masalah dalam satu isu yang agak serius untuk dipolitikkan," ujarnya.

Beliau sekali lagi terpaksa menegur Anwar apabila Ketua Pembangkang itu menuduh kerajaan tidak mendedahkan maklumat tentang kargo yang dibawa pesawat MH370.

“Mereka (kerajaan Malaysia) telah mendedahkan dokumen yang mengandungi maklumat kargo," jelasnya.

Sedutan rakaman rancangan temu bual tersebut dimuat naik ke YouTube minggu lalu dan boleh diakses di https://www.youtube.com/watch?v=V88dj0njYT8

No comments:

Post a Comment