Followers

rantau ku sayang

Monday, June 30, 2014

Nikmatnya Hidup di Malaysia, Hendak Haji Pun Kerajaan Bantu Rakyat!!


Begitu besar nikmat yang diperolehi oleh umat Islam di negara ini.

Hinggakan soal ibadah fardu pun dibantu oleh kerajaan yang memerintah.

Jangan disoalkan semua itu adalah tanggungjawab pemerintah dan sebagai rakyat segala kemudahan itu boleh dinikmati oleh kita selama-lamanya.

Belum tentu sesebuah kerajaan yang memerintah itu mampu menyediakan segala kemudahan.

Belum tentu juga rakyat disesebuah negara itu akan menikmati apa jua yang disediakan oleh sesebuah kerajaan. 

Dan belum tentu juga rakyat yang hidup di negara sebuah negara kaya raya dan kononnya jaguh demokrasi boleh hidup aman damai dan beribadah sepertimana yang disediakan oleh negara kita.

Itulah nikmat yang kita umat Islam dapat di negara kita lebih lima dekad hasil sebuah pemerintahan yang mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Di negara-negara lain, rakyatnya terpaksa menyembunyikan keimanan demi mempertahankan akidah dan maruah.

Ada sesetengah negara, beriman pada Allah dan Islam dianggap sebagai musuh negara, pengganas dan dihina bahkan dihalau dan dibunuh.

Di Malaysia, syukur alhamdulillah kita masih aman damai. Islam dijaga dan kerukunan dengan kepercayaan-kepercayaan lain terpelihara. 

Di Malaysia, hendak berbuka puasa, bersahur dan duit raya pun ada disediakan oleh kerajaan yang memerintah. Semuanya kerana pemerintah beristiqamah mendaulatkan ibadah dan sunnah. 

Tapi itupun masih lagi ada segelintir manusia yang kufur dan lebih suka menjadi penghasut memecahbelahkan perpaduan ummah. Mereka lebih suka jadi talibarut yang menyampaikan suara-suara hati sumbang minoriti yang tidak bertanggungjawab. Semuanya kerana undi, kuasa dan kedudukan.


Ramadhan ini marilah kita insaf dan menyedari bahawa tanpa kerajaan yang bertanggungjawab belum tentu nikmat-nikmat yang kita perolehi ini akan kekal. Berubah belum tentu akan lebih baik dan lebih senang.

Belum dapat kuasa dah berantakkan baling-baling kerusi. Dapat kuasa nanti mungkin berantakan negara dibaling-baling bom. Nauzubillah! 

Maka nikmat Tuhan yang manakah kamu dustakan?" Surah Ar Rahman 

No comments:

Post a Comment