Followers

rantau ku sayang

Saturday, June 28, 2014

Ikon Wanita Muda Yang Cantik Menjadi Taruhan DAP Selepas Dyana Sofya

Sebagai sebuah parti yang berteraskan cauvinistme Cina, DAP bijak mengatur langkah untuk mengambil hati orang-orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti di Malaysia. Setelah mereka hampir berjaya dengan formula yang mereka gunakan di PRK Teluk Intan dengan memperkenalkan gadis Melayu bernama Dyana Sofya, DAP tidak berpaling lagi. Formula yang sama akan turut digunakan pada masa hadapan.

Ini dapat dilihat melalui sessi pengenalan ahli baru DAP yang dikenali sebagai Rara Othman. Satu ketika dahulu beliau dikenali sebagai gadis BERSIH. Beliau adalah penyelaras segmentasi wanita muda SAMM. Beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti politik. Setelah lama memerhati, semalam beliau menyertai DAP. Bukan calang-calang gadis kalau Ahli Parlimen DAP Segambut, YB Lim Li Ping sendiri turun padang untuk menerima borang keahlian.

Pastinya Rara akan merupakan salah seorang calon yang bakal mewarnai PRU14 yang akan datang. Formulanya mudah, cantik, bertudung, berpelajaran pastinya tiket yang mudah untuk menarik pengundi-pengundi Melayu. Namun teringat kata-kata seorang sahabat CTS ketika PRK Teluk Intan, Rakyat hendak memilih Wakil Rakyat, bukannya Ratu Cantik.

No comments:

Post a Comment