Followers

rantau ku sayang

Thursday, May 2, 2013

ANTHONY SI PANAS BARAN NAK PUJUK MELAYU

Anthony oh Anthony...
Sekali lagi si rasis durjana ini menabur janji. Kali ini penduduk di Kuala Pilah pula di kencingnya hidup-hidup dengan janji bongkak mengatakan jika Pakatan memenangi kerusi di N.Sembilan, beliau berjanji akan melantik Menteri Besar dikalangan pemimpin melayu di negeri ini.

Persoalannya adakah si Anthony mahu membelakangkan perjuangan Lim Kit Siang yang sememangnya anti kepada melayu. Jangan kita diperbodohkan oleh janjinya itu. Jangan kita naif dengan apa yang telah terjadi kepada P.Pinang yang menjadi kuasa kepada kuasa komunisme yang akhirnya kita lihat apa yang terjadi kepada timbalan ketua menteri dari kaum melayu yang hanya pada pangkat dan nama tapi bukan kuasa.

Masyarakat melayu di Kuala Pilah jangan mudah cair dengan janji yang tidak pernah pasti dari DAP kerana omongan ini menjadi rujukan kita dengan apa yang terjadi sepanjang lima tahun mereka memerintah lima negeri. Usah diracuni dengan fakta kononnya kerajaan BN hanya menakut-nakutkan rakyat kerana hakikatnya kita sebagai masyarakat jati bumi melayu ini harus faham tujuan sebenar pakatan haram ini.

Jika DAP yang ditunjangi PAP di Singapura menjadi anti melayu sejak kewujudannya perlu kita tolak demi kesejahteraan sejagat. Apakah kita ingin semarakkan peristiwa 13 mei berulang kembali?

Begitu jualah dengan Parti Keadilan Rakyat yang umumnya tahu akan kewujudannya untuk pembebasan insan bernama Anwar. Kini, landasan asas parti itu jauh tersasar dengan pimpinan presiden yang hanya pada nama tetapi melukut ditepi gantang sahaja. Apatah lagi, parti ini hanya popular dengan isu moral yang menjijikkan masyarakat kita.

Manakala parti yang berselindung disebalik nama islam patut ditolak kerana perjuangan mereka tersasar jauh dari hukum. Perbezaan pendapat sesama mereka mana mungkin menjanjikan kesepakatan dalam sebuah pemerintahan.

5 mei bakal mencatatkan segalanya. Pilihan kita sebagai pengundi perlulah berlandaskan pemikiran yang baik demi anak bangsa kita. Ingatlah, sekali kita salah memilih, kerugian jualah bakal dihadapi nanti.

OLEH : CILI KERING

No comments:

Post a Comment