Seremban
: 9 Mei : Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan kekal sebagai
menteri besar Negeri Sembilan dan akan mengangkat sumpah di hadapan
Duli Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz
Alamrhum Tuanku Munawir Sabtu ini (11 Mei : jam 10 Pagi)
Beliau yang telah mengadap baginda Tuanku pagi tadi di Istana Besar
Seri Menanti setelah mendapat watikah dari Perdana Menteri untuk sekali
lagi memimpin kerajaan Negeri Sembilan.
Beliau juga akan melantik Exco Kerajaan Negeri Sembilan selepas majlis mengangkat sumpah.
Menurut beliau lagi , walaupun tiada wakil dari kaum Cina , kerajaan
negeri tidak akan meminggirkan mereka walaupun calon MCA tewas di
kawasan majoriti rakyat berbangsa Cina, jelas beliau dalam satu sidang
akhbar di Kelana Resort sebentar tadi.
Beliau akan terus melaksanakan dasar terbuka yang sedia ada dan akan
meneruskan agenda pembangunan negeri dan pertingkatkan produktiviti
Negeri Sembilan untuk menarik pelabur melabur di negeri ini.
Beliau juga menyeru agar semua rakyat kembali bersatu selepas PRU13
ini dan lupakan segala yang menguriskan hati ketika berkempen dalam PRU
13 yang lalu.
No comments:
Post a Comment