Nampaknya DAP kini sudah mendapat Lebai Malang yang baru. Bekas buangan
Utusan Malaysia, Hatta Wahari sedang heboh disana-sini menceritakan nasib
malangnya yang dibaling Bihun Goreng tatkala menahan malu apabila program
Protes yang dirancangnya mendapat sambutan dari dirinya sendiri sahaja.
Insiden dibaling bihun goreng itu sebenarnya adalah upah dan bayaran kepada
mentaliti dirinya yang ekstrem dengan protes jalanan ini. Bahkan merupakan bonus
apabila biadap menunjukkan aksi lucah kepada kakitangan Utusan kelmarin.
Inilah bahananya apabila menyertai parti 'ultra kiasu' DAP yang dilihat
semakin berjaya meresapi ideologi dan mentaliti ahli yang gemar berpolitik di
jalanan. Lumrah cara politik pembangkang. Mereka lebih selesa gunakan kekerasan
dan menunjukkan kebodohan masing-masing bagi mencapai kepuasan yang di ingini.
Kalau dapat diubah, mesti lebih cantik corak perjalanan politik Negara yang
mewujudkan satu persaingan yang sihat..
No comments:
Post a Comment