Pengundi di N.Sembilan khususnya, perlu berhati-hati dengan kempen fitnah cybertroopers
pro-Pakatan yang memburukkan kerajaan dan Umno sepanjang kempen rasmi Pilihan Raya Umum ke-13.
Lim Kit Siang pernah berkata, DAP bersama PAS dan PKR yang membentuk Pakatan Rakyat memulakan kempen secara bersih, adil dan telus.Kononnya ini adalah prinsip bersama ke arah membentuk Malaysia baru yang bebas daripada rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
Apakah sepanjang pemerintahan di lima negeri pakatan bersih dari rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan?
Rakyat perlu sedar ada kempen kotor yang terus dilakukan pihak pembangkang, terutamanya cybertroopers mereka, yang menyebarkan fitnah dan pembohongan. Ini adalah kempen yang tidak sihat dan bersifat hasutan yang perlu diketahui oleh semua. Kita lihat saja sepanjang proses kempen, pelbagai perkara yang tidak di ingini telah berlaku. Azali mereka ini polopor kepada sabotaj?
Walaupun golongan itu terus memfitnah dan menyebarkan berta palsu, Barisan Nasional tidak akan putus asa untuk terus berkempen dengan cara yang baik dan terhormat sebagaimana yang dilakukan sejak beberapa dekad lalu. Apa yang diharapkan rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu, tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan pembohongan, samada yang disebarkan melalui internet atau melalui ceramah. Fitnah amat berbahaya kerana ia boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di negara ini.
Lewat ini, BN/UMNO difitnah sebagai parti perkauman, parti
cauvinis, parti
anti-Islam dan sebagainya. Semua ini tidak benar dan bohong belaka.
Umunya BN
adalah parti politik yang sah yang menghormati Perlembagaan Persekutuan.
BN menolak segala bentuk politik perkauman dan diskriminasi kaum,
agama dan gender.
Selama 55 tahun berjuang untuk memastikan kita semua hidup harmoni, aman damai sebagai rakyat Malaysia yang saling percaya-mempercayai antara satu sama lain, dan tidak perlu was-was. Inilah prinsip BN yang mengutamakan rakyat Malaysia.
Justeru, sebagai rakyat Malaysia, terutamanya pengundi diharap tidaklah menerima bulat-bulat fitnah dari cybertroopers PR mahupun kepimpinan mereka ataupun golongan yang membenci kaum lain, sebaliknya membuat pilihan yang bijak pada 5 Mei ini.
OLEH : CILI KERING
No comments:
Post a Comment