“SPR, Syaitan Penipu Rakyat”..merupakan jeritan mahasiswa sesat .
Kononnya mereka tidak mewakili mana-mana parti. Tahukah mereka makna
tuduhan tersebut. Adakah tuduhan tersebut benar? Inilah yang terjadi
apabila mahasiswa tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab yang
sepatutnya. Setiap perkara ada masa dan waktu yang sesuai.
Apakah tugas seorang mahasiswa? Apakah harapan ibubapa dan mereka
sendiri semasa memohon memasuki universiti? Adakah mereka menyedari
bahawa mereka terlalu bodoh untuk lulus pengajian mereka maka mereka
memilih jalan mudah dengan mencontohi sampah masyarakat seperti Anwar
Ibrahim dan Mat Sabu. Kita tahu bahawa Anwar hanya mampu mendapat ijazah
kelas tiga. Manakala Mat Sabu dengan SPM gred 3 dan tidak habis
pengajian di ITM dalam jurusan makanan .
Berbalik kita kepada SPR. Mahasewel ini sebenarnya tidak tahu menahu
tentang proses pengundian yang dijalankan oleh SPR. Setiap proses
pengundian dari mula “polling” dan “counting” terdapat wakil dari setiap
parti yang bertanding. Maka tidak timbul langsung tentang ketidakadilan
SPR. Wakil calon pakatan haram telah bertindak memantau perjalanan
pengundian dengan terperinci. Maka tuduhan berlaku penipuan oleh SPR
sememangnya tuduhan jahat dan keji pakatan haram. n haram jadah..
Nama budak tak habis belajar ini Anang berlagak kononnya pejuang
rakyat sedangkan hakikatnya dia dibayar antara RM150 hingga RM500
seorang sebagai upah memekik melolong.
“..antara 30-50 orang termasuk media yang hadir..” keluhan yang amat
kecewa dari hamba pakatan haram ini yang mengharapkan 300 ribu balaci
bodoh sepertinya hadir.
Pakatan haram ini tidak pernah berhenti untuk menyusahkan hidup
rakyat. Budak-budak yang sedang belajar pun mereka pengaruhi sehingga
hancur masa depan mereka yang sepatutnya menumpukan sepenuh perhatian
terhadap pelajaran. Masa untuk menimba ilmu demi masa depan atau alam
pengajian di Universiti bukannya datang selalu dalam hidup kita.
Sekiranya mereka terlepas “moment” ini maka ianya tidak mampu diputar
semula. Sudah-sudah lah Anwar merosakkan hidup orang lain.
No comments:
Post a Comment