Sekumpulan penduduk
Pulau Pinang berkumpul di Esplanade bagi menyalakan lilin, lambang
menolak perkauman, malah mengisytiharkan 13 Mei sebagai hari
persahabatan rentas kaum.
Dianjurkan oleh NGO hak asasi Suara Rakyat Rakyat Malaysia (Suaram),
kira-kira 50 orang yang turut serta terdiri daripada aktivis, mahasiswa
dan ahli politik.
Antara plakad menarik kelihatan yang dibawa mereka bertulis: "Apa kita mau? BERSIH-lah".
Ia dilihat menjawab laporan kontroversi di muka depan Utusan
Malaysiapada 7 Mei lalu berjudul "Apa lagi Cina mahu" - yang menyentuh
isu sokongan kaum itu kepada pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13
lalu.
Perhimpunan malam tadi juga dilihat sebagai reaksi kepada kenyataan
Najib yang menyifatkan keputusan pilihan raya pada 5 Mei memperlihatkan
fenomena "tsunami Cina" kepada pembangkang.
Turut hadir beberapa anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk (Sungai Puyu) dan Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya).
Berikut pendapat peserta perhimpunan malam tadi:
Norazrizal Aswad Abdul Rahman, mahasiwa
Pihak yang memanipulasi isu kaum sebenarnya mempunyai agenda sendiri dan
keanak-anakan. Ini tidak patut dimainkan oleh orang dewasa.
Permainan pecah dan perintah ini dimulakan oleh penjajah lama dahulu
sebelum merdeka, tetapi sekarang nampaknya ia pergi lebih jauh daripada
itu.
No comments:
Post a Comment