Mahukah kita melihat kehancuran dan huru-hara di Negara tercinta ini? Jika tidak jawapan kita, menjadi tanggungjawab bagi kita untuk menghapuskan ideologi dan mentaliti yang bisa merubah kesejahteraan kepada keganasan. Kita contohkan kepada seorang insan yang merasakan diri sebagai pejuang rakyat. Namun hakikatnya beliaulah pemusnah kepada kadamaian anak cucu kita dimasa hadapan.
Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard sebenarnya merupakan seorang yang hipokrik kepada ahli-ahlinya kerana menghasut belia-belia pembangkang untuk membuat protes jalanan merupakan tindakan tidak bertamadun. Sudahlah begitu, dia yang sudah merasa bahang gari yang bakal digelangi tangannya itu turut berharap agar perhimpunan 'Black 505' diteruskan biarpun tanpa dirinya.
Ternyata Bard sudah mengagak dirinya akan ditangkap dalam beberapa hari lagi. Sedarkah kita bahawa ini menunjukkan beliau memahami kesalahan yang telah dilakukan. Bard tidak takut dengan risiko undang-undang yang bakal dihadapi kerana bagi mereka-mereka dalam pakatan, ditangkap menjadi lumrah dalam perjuangan mereka. Tanpa kita sedar, matlamat menjayakan impian Anwar Ibrahim begitu kental kerana bagi manusia perosak seperti Bard ini, jika Anwar menjadi Perdana Menteri, sudah tentu dia akan dibebaskan bahkan tiada lagi sekatan undang-undang dikenakan kerana perngorbanannya selama ini.
Tujuan jahat dengan mengheret sama rakyat ke kancah keganasan inilah menjadi inspirasi pembangkang dalam usaha mendapat populariti dan simpati rakyat, seterusnya menjayakan misi menumbangkan kerajaan kerana harapan Ketua Umum PKR sudah dipenghujungnya lantaran usia yang makin menipis untuk terus bertakhta dipermukaan bumi ini.
No comments:
Post a Comment