Followers

rantau ku sayang

Monday, May 6, 2013

SPR: Tiada pengundi meragukan dalam daftar pemilih



 
Di sebalik aduan munculnya pengundi meragukan di pusat pengundian hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof mempertahankan bahawa nama-nama dalam daftar pemilih memang warganegara Malaysia, sekali gus pengundi yang sah.

Katanya, tiada pengundi meragukan dalam senarai itu kerana daftar pemilih itu diselaraskan dengan maklumat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Ini bagi memastikan semua nama dalam pasti pemilih merupakan rakyat Malaysia," katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

Pagi ini, calon DAP bagi kawasan Cheras Tan Kok Wai berkata, pengundi di Sekolah Kebangsaan Taman Segar berjaya menangkap lelaki kelihatan seperti warga asing yagn meragukan ketika cuba mengundi pada jam 9 pagi tadi.

Tan berkata, lelaki itu menunjukkan kad pengenalam bagi membuktikan dia rakyat Malaysia tetapi orang tidak percaya dan menyerahkannya kepada polis.

No comments:

Post a Comment