Walau apa pun alasan muluk yang diberikan oleh
pecacai Pakatan Rakyat bagi menghalalkan himpunan mereka di Stadium
Kelana Jaya, hakikat yang tidak dapat ditolak ialah, himpunan tersebut
lebih sesuai dinamakan sebagai HIMPUNAN CINA DAP yang kempunan tidak
dapat mengubah lanskap politik negara dan penggubalan semula
Perlembagaan Malaysia mengikut kehendak mereka.
Biarpun ketua himpunan tersebut adalah Anwar Ibrahim tetapi tangan
ghaib di belakangnya adalah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Dan biarpun
dikatakan Pakatan Rakyat sebulat suara membantah keputusan SPR yang
mengisytiharkan kemenangan kepada Barisan Nasional, tetapi di Pulau
Pinang dan Kelantan, orang Pakatan juga yang sebulat suara menerima
tanggungjawab sebagai Kerajaan Negeri.
Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang langsung tidak membantah keputusan
PRU13 yang membolehkan mereka menguasai Dewan Undangan Negeri Pulau
Pinang dengan majoriti yang lebih besar dan kerusi yang lebih banyak.
Walaupun tentera-tentera siber DAP dalam RED BEAN ARMY sedang menggempur
dunia maya dengan pelbagai cerita rekaan yang amat mudah dipercayai
oleh puak-puak Melayu tidak cukup akal, mereka langsung tidak
memperkatakan tentang penipuan atau blackout di Pulau Pinang.
Di Kelantan pula, puak Husam Musa dilihat sedang menjadikan keputusan
PRU13 sebagai medan ketidakpuasan hati apabila Husam Musa tidak
dilantik sebagai Exco walaupun memenangi DUN Salor. Tidak pula mereka
merungut tentang keputusan PRU13 di peringkat negeri Kelantan.
Berkapasiti 40 ribu orang dengan 25 ribu di tempat duduk dan dalam
kawasan padang 15 ribu orang, para pecacai Pakatan sedang
membesar-besarkan angka di Stadium Kelana Jaya sekarang ini sehingga ada
yang dengan bangganya menyatakan bahawa jumlah kehadiran adalah 200,000
orang!
Lebih 80% yang hadir adalah anak-anak muda Cina dan berusia antara
21-40 tahun. Sekaligus menjadikan himpunan ini tidak ubah seperti
himpunan anak-anak Cina DAP yang cuba mengulangi semula apa yang berlaku
pada tahun 1969.
Kebetulan pula 10 Mei 2013, jatuhnya pada Jumaat. 10 Mei 1969 adalah
hari mengundi. Pada sebelah malamnya apabila keputusan diumumkan, banyak
lokasi panas mulai dikesan. 11 Mei 1969, perarakan mulai dilakukan oleh
anak-anak muda Cina yang sebelum itu cukup berkobar-kobar semangat
mereka setelah dipanaskan oleh Lim Kit Siang dan gerombolannya terutama
apabila menyatakan perlunya Artikel 152 dan Artikel 153 dihapuskan
selain Bahasa Kebangsaan yang terdiri daripada empat bahasa selain
Bahasa Melayu.
12 Mei 1969, jumlah kematian orang Melayu mulai meningkat apabila
chauvinist yang sebahagiannya merupakan bekas penganut ajaran Komunisme
mulai mengganas dalam cubaan mereka menghalau dan menghapuskan Melayu
dari Kuala Lumpur. 13 Mei 1969, orang Melayu mulai bertindak balas dan
berlakulah pertumpahan darah yang agak tragis.
‘Kejayaan’ Himpunan Anak Cina DAP pada malam ini di Kelana Jaya,
pastinya ada kesinambungannya pada hujung minggu nanti. Apatah lagi,
tarikh-tarikhnya amat bersamaan untuk menostalgiakan semula kekalahan
dan kegagalan DAP untuk menghapuskan Melayu dari Bandaraya Kuala Lumpur.'
Ini cubaan kali kedua. Bezanya kali ini, DAP berjaya menarik sokongan
ramai anak-anak muda Melayu bagi mengurangkan risiko dan natijah yang
bakal mereka hadapi sebagaimana yang berlaku pada tahun 1969. Dan pada
masa yang sama, DAP bolehlah mendabik dada bahawa himpunan berkenaan
adalah himpunan rakyat berbilang kaum, sekalipun yang hadir 80% adalah
Cina.
Sesuatu yang barangkali tidak sempat difikirkan oleh anak-anak muda
Melayu yang turut menyertai himpunan tersebut ialah, sekiranya terjadi
apa-apa, merekalah PERISAI MANUSIA yang berjaya direkrut oleh DAP dengan
bantuan Anwar Ibrahim yang kemaruk nak jadi Perdana Menteri!
No comments:
Post a Comment