Followers

rantau ku sayang

Monday, May 27, 2013

Hadi Awang Otak Benak! - Shamsul Iskandar


Pertelagahan antara kepimpinan PKR dan PAS sudah tidak boleh disorok lagi apabila Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan Presiden PAS, Datuk Hj. Hadi Awang sebagai benak dan kolot kerana tidak memahami tahalluf siyasi (kerjasam politik) sehingga menyaksikan masid wujud pertembungan saat-saat akhir di beberapa kawasan sebelum ini.

Tindakan Hadi Awang mencerca calon-calon PKR turut menaikkan marah Shamsul yang ternyata masih tidak berpuas hati sehingga kini biarpun pada dasarnya berpura-pura baik demi menjaga status pakatan yang ada. Isu yang memalukan PKR sendiri masih sukar dilupakan oleh Shamsul akan tuduhan Presiden PAS itu yang mendakwa calon PKR merupakan seorang pengedar dadah 'pil kuda' dan berideologi komunis.

Ternyata, Shamsul juga nampaknya sudah jenuh bila mendapati kebanyakkan penyokong PAS kini hanya menyokong pemimpin yang menolak rasis demi agama. Ini jauh berbeza dengan PKR sendiri yang menyayangi DAP, lebih dari ahli sendiri. Erti kata, rasis tolak tepi..undi yang dicari.

Shamsul juga menempelak sesetengah pimpinan Pakatan yang masih leka dengan haluan masing-masing tanpa mengambil contoh perpaduan dan penyatuan yang dibentuk dalam Barisan Nasional. Jelaslah, istilah pakatan bagi pembangkang hanya pada sebutan yang masih tidak jitu pembentukannya. Apakah kesepakatan ini yang bakal mengundang kedamaian apabila memerintah??..

No comments:

Post a Comment