Followers

rantau ku sayang

Thursday, May 2, 2013

NEGARA ISLAM PAS HANYA GIMMIK SYAITAN POLITIK DALAM PAS SAJA

Tindakan Pas memainkan semula isu negara Islam dalam usaha menarik sokongan pengundi Melayu, menyebabkan semakin ramai pemimpin DAP tampil membantah parti tersebut.

Selepas mendapat kritikan daripada pemimpin tertinggi DAP, ketua-ketua cawangan parti itu turut menyertai bantahan tersebut dan terbaharu, Naib Pengerusi Cawangan DAP Taman Ehsan, L.P. Selvam pula berkata, semua calon Pas perlu ditolak kerana dikhuatiri akan menyekat kebebasan bukan Islam di negara ini. 
 
Menurut mereka, Pas sebenarnya hanya berminat bekerjasama dengan DAP bagi mendapatkan undi orang Cina dan India sahaja. Jika mereka menang besar, Pas akan meneruskan rancangannya untuk melaksanakan negara Islam dan bagaimana nasib kami yang bukan Islam, sudah terlalu banyak polisi yang bertentangan telah dilaksanakan oleh Pas sejak 2008.
 
Sehubungan itu, DAP menyeru setiap pengundi supaya menentang dan memboikot calon Pas dan tidak membenarkan mereka menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
 
Bagi DAP, walaupun niat pakatan pembangkang untuk menawan Putrajaya tidak akan kesampaian berikutan krisis itu, mereka tidak mahu pengundi bukan Islam memperjudikan masa depan negara demi mengubah kerajaan.
 
Inilah yang perlu difahami oleh rakyat bahawa memang niat mereka untuk menubuhkan kerajaan baharu, namun jika Pas tetap berdegil dengan agenda Islam mereka, DAP dan PKR tidak perlukan parti itu.
 
 Namun, dek kerana inginkan undi, masih ramai lagi pemimpin tertinggi dalam DAP yang 'hipokrit' kerana masih bekerjasama dengan Pas.  Pimpinan tertinggi DAP yang membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Pas sangat mementingkan diri sendiri walaupun tahu pendirian Pas yang tetap berdegil dengan agenda mereka. 
 
Ramai akar umbi dan penyokong kecewa dengan sikap pimpinan tertinggi DAP dan sampai bila-bila pun mereka tidak akan menyokong sebarang agenda Pas, malah kini ramai calon-calon DAP  berkempen menceritakan tentang bahaya jika mengundi Pas.
 

Sementara itu, pengasas cawangan DAP Pelabuhan Klang dan Pandamaran, A.Deliganu ada berkata, usaha menubuhkan negara Islam Pas tidak akan tercapai. 
 

"DAP tidak akan sesekali tunduk kepada permintaan Pas. Kita hidup dalam negara sekular, tindakan bagi melaksanakan hukum hudud Pas dan penubuhan negara Islam langsung tidak boleh diterima pakai.

"Pas harus lebih sensitif dengan perasaan pengundi yang bukan Islam, jika mahu sepakat dalam menawan Putrajaya, jangan ikut 'kepala' masing-masing," katanya. 
 
Nah! Tentunya kalian sudah nampak permainan kuasa antara juak-juak pembangkang ini yang memperkatakan sesuatu dmei kepentingan peribadi. Apakah masih ada keyakinan kita terhadap kewibawaan PR dalam menjadi sebuah pakatan yang telus dan sejahtera? Lu fikirlah..lain kalilah..

OLEH: CILI KERING

No comments:

Post a Comment