Followers

rantau ku sayang

Monday, June 9, 2014

Amalan politik keji: Kes PKR mengajar anak berjalan betul

Panggillah sahaja ia proses penyulingan atau penapisan politik. Namun pemimpin-pemimpin PKR pasti akan cuba mengatakan episod huru-hara dalam proses pemilihan pemimpin 2014 parti itu sebagai satu “peningkatan” dalam perjuangannya.

Pemimpin seperti Anwar Ibrahim akan menggunakan kemahirannya beretorik untuk mengistilahkan ia sebagai satu islah, pencerahan dan pelbagai lagi kata nama yang muluk untuk merangsang rakyat terus percaya kepada PKR.

PKR akan menafsirkan sejarah untuk menanam persepsi luhur terhadap perjuangannya. Hujah paling besar yang mungkin dijaja ialah proses pemilihan ini akan “menyaring hanya pemimpin lebih baik ditonjolkan untuk mengarak obor keadilan, kebenaran dan demokrasi”.

Maka sambungan hujah mereka tentu bahawasanya segala tuduhan rasuah, salahguna kuasa, kelemahan pengurus pemilihan dan juga rasukan samseng dalam pemilihan berkenaan “akan lebih mendewasakan” parti itu.

Malangnya, semakin dekat garisan penamat pemilihan, semakin banyak “najis politik” yang dihamburkan oleh kalangan pimpinan PKR sendiri. 

No comments:

Post a Comment