Followers

rantau ku sayang

Monday, June 9, 2014

PKR semakin terjerumus dalam sentimen kebencian yang disemainya

Sedihnya dalam program reformasi PKR apa yang ditekankan ialah amalan konfrantasi. Yang diraikan ialah hujah provokasi. Matlamat akhir amalan ini ialah menyebarkan rasa benci pada sistem dan institusi yang ada dengan matlamat supaya rakyat akan bergantung pada mereka untuk mengutuk sistem yang dikatakan bobrok.

Politik konfrantasi dan membenci marak dan membakar sentimen rakyat, termasuk pemimpin-pemimpin PKR sendiri. Setiap kali berhadapan saingan politik, tidak kira dari dalam dan luar parti, jurus pertama yang dipilih ialah mengeji, mencabar, menghina dan membenci. Maka terjerumusulah PKR ke dalam kancah “najis politik” yang ditaburinya sendiri.

Sehingga 22 Jun ini apabila proses pemilihan PKR tamat, lebih banyak episod serang menyerang akan berlaku sesama pemimpin dan pengikut parti itu. Kini berhamburan gertakan saman menyaman melayang dalam sfera politik PKR.

Khalid Ibrahim mahu menyaman Manikavasagam, Dr Xavier Jeyakumar pula mahu membawa Chegubard ke mahkamah kerana memfitnahnya dan Jawatankuasa Disiplin parti sentiasa sibuk menimbang siapa lagi yang perlu “dibisukan” sebelum proses pemilihan berakhir.

Ini semua memang sudah menjadi darah daging dalam tubuh perjuangan PKR. Mereka sudah lebih 15 tahun diasuh untuk bersikap sedemikian. Gejala huru-hara dalam parti yang dialami sekarang ialah bak “menuai apa yang disemai”.

Sebaliknya, setiap tindakan disiplin yang diambil ke atas ahli dan pemimpin PKR akan terus membangkitkan ketidakyakinan dan malah kebencian terhadap insitusi kepimpinan parti itu sendiri – formula dan kesan yang sama digunakan terhadap institusi politik Malaysia yang cuba dirobahnya. 

No comments:

Post a Comment