Followers

rantau ku sayang

Friday, June 13, 2014

Anwar diracuni oleh laporan media pro-pembangkang sendiri?

Belumpun selesai siasatan berhubung dua kes membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah melenting mengatakan bahawa tindakan dua institusi Islam itu "angkuh".

Beliau mendakwa kedua-dua jabatan itu tidak bijak mengamalkan konsep hikmah dalam berdakwah sehingga melabel mereka "tidak sensitif pada perasaan serta reaksi keluarga dan masyarakat bukan Islam".

Malah dengan sewenang-wenangnya Anwar melontarkan pengamatan bahawa kini wujud satu trend bahawa media Umno akan memutar-belitkan isu berkenaan.

"Saya tahu kawan-kawan dalam Umno dan badan-badan seperti Isma dan Perkasa akan menyerang seolah-olah kita ini longgar dalam soal akidah. Itu tidak betul," kata Anwar dalam sidang media khas di bangunan parlimen Selasa lalu.

Sebab itu, katanya, beliau dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memanggil sidang media berkenaan untuk menyatakan teguran terhadap JAIS dan JHEAIPP yang melakukan “bride snatching” (rampasan pengantin) dan “corpse snatching” (rampasan mayat) tanpa memikirkan sensiviti kaum lain.

Pada 1 Jun lalu, pegawai-pegawai penguatkuasa JAIS dilaporkan menyerbu majlis perkahwinan seorang wanita yang dikatakan Islam, Zarena Abdul Majid dengan pasangan Hindunya di perkarangan sebuah kuil di Petaling Jaya.

Kes ini menjadi berita hangat dalam portal-portal pro-Pakatan Rakyat yang membuka ruangan pendapat pembaca seluas-luasnya kepada umum untuk mengutuk tindakan "tidak sensitif" JAIS itu.

Sementara Sabtu lalu, satu lagi keributan berlaku di Pulau Pinang apabila pegawai-pegawai penguatkuasa JHEAIPP dikatakan mencelah upacara pengkebumian seorang wanita, Teoh Cheng Cheng, 38 tahun kerana mendakwa beliau beragama Islam.

JHEAIPP dilaporkan mengambil mayat Teoh yang mempunyai nama Islam, Nora Teoh Abdullah untuk ditempatkan sementara di Bilik Mortuari Hospital Pulau Pinang sementara menunggu keputusan mahkamah berhubung agamanya.

Sekali lagi portal-portal berita pro-Pakatan Rakyat sibuk menyiarkan komen, kritik dan melemparkan pelbagai tuduhan berhubung wibawa dan taraf kefahaman agama kakitangan JAIS dan JHEAIPP sendiri.

Teruja dengan "kemarahan rakyat Islam yang mahu mengamalkan ajaran Islam sebenar tetapi tidak mahu dilihat angkuh seperti jabatan-jabatan agama berkenaan" dan tentunya rakyat bukan Islam di portal-portal berkenaan, Anwar pun muncul dalam sidang akhbar untuk menyemarakkan kemarahan berhubung isu ini.

"Saya cuma hendak pengertian. Bila kita buat teguran macam ini, masalah(nya) media Umno akan pusing dan menyerang jabatan agama dan (kita)  mempertahankan orang bukan Islam.

"Saya dah tahu dah trendnya. Jadi saya hendak jelaskan kita tidak pertikai soal undang-undang dan peruntukan yang ada. Kita minta kebijaksanaan supaya jangan ditafsirkan sebagi menghina mana-mana kaum dan upacara agama.

"Penyelesaiannya bukan dengan cara yang dilakukan sekarang. Kalau tidak ada teguran yang tegas, saya rasa keadaan akan berlanjutan dan tidak terkawal," tegas Anwar 

No comments:

Post a Comment