Followers

rantau ku sayang

Monday, October 20, 2014

Anwar burukkan sistem kehakiman selagi tak jadi PM - Penganalisis politik


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus memburukkan nama Malaysia selagi beliau gagal menawan Putrajaya, kata Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam.

Jelasnya, dakwaan demi dakwaan yang dibuatnya khususnya menuduh sistem kehakiman dan pilihan raya dalam negara bermasalah hanya digunakan sebagai alasan untuk terus berada dalam negara mengejar kuasa politik semata-mata.

"Tidak terperanjatlah dengan apa yang beliau katakan sebab itu memang matlamat dia nak jadi pemimpin di sini, jadi bila dia mesti nak tunjuk kelemahan yang ada sekarang

"Semua yang dia cakap itu satu cara untuk duduk sini dan memburukkan (Malaysia).

"Orang politik seperti Anwar bercakap agendanya lain sedangkan kita tidak tahu hanya berapa ramai yang setuju dengan dia," katanya kepada Antarapos.

Anwar dilaporkan mendakwa sistem kehakiman dan pilihan raya dalam negara mempunyai banyak kelemahan untuk diperbaiki sehingga kononnya menghalang beliau bersara daripada arena politik dan kemudian berpindah ke luar negara.

Ramlah yang juga Pengarah Pusat Kajian Institut Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis dalam masa sama berkata parti pembangkang yang sering kali bertindak menuding jari kepada kerajaan memerintah demi menyembunyikan kelemahan sendiri.

Sudah jelas tambahnya, PKR sendiri bermasalah dalam pemilihan partinya dan kini berhadapan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam masa sama sekutunya DAP turut didakwa mempunyai ramai pengundi hantu ketika pilihan raya parti tersebut.

"Kalau nak kata sistem pilihan raya di negara ini teruk, sebelum ini pun dikatakan DAP ada ramai pengundi hantu dalam pilihan raya parti mereka, begitu juga dengan PKR, ada masalah dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS)," jelasnya.

Anwar akan berdepan hari penentuan dalam perbicaraan kes Liwat II yang dihadapinya pada 28 dan 29 Oktober ini dan beliau berdepan hukuman penjara jika disabitkan bersalah.

Delegasi pemimpin PKR kini berada di Australia bagi lawatan kerja selama seminggu dalam masa sama dipercayai cuba meraih perhatian daripada ahli Parlimen Australia .

Isu utama yang akan diperkatakan ialah berhubung perbicaraan kes Anwar dan pendakwaan yang dikenakan Putrajaya terhadap pelbagai pihak mengikut Akta Hasutan.

No comments:

Post a Comment