Followers

rantau ku sayang

Sunday, October 26, 2014

Majlis Peguam didakwa propembangkang....Dah Jelas Dan Nyata

Tindakan Majlis Peguam menganjurkan perhimpunan jalanan bagi memansuhkan Akta Hasutan 1948, di sini baru-baru ini, menunjukkan badan tersebut mempunyai kecenderungan memihak kepada gerakan politik pakatan pembangkang.


Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat menyifatkan tindakan itu bertentangan dengan matlamat sebenar penubuhan Majlis Peguam yang sepatutnya tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Beliau berkata, rakyat kini melihat segelintir pimpinan dan anggota Majlis Peguam begitu komited dalam menjalankan gerakan yang bertentangan dengan dasar-dasar kerajaan lantas mewujudkan tanggapan bahawa badan berkenaan sedang menentang arus.

“Sebenarnya, tidak sampai tujuh peratus daripada anggota Majlis Peguam terlibat dalam perhimpunan jalanan itu manakala majoriti 93 pe­ratus lagi tidak bersetuju badan tersebut dijadikan alat untuk memuaskan kepentingan individu tertentu.

“Kami mahu Majlis Peguam memperjuangkan atau mempertahankan kepentingan umum dan bukannya matlamat golongan minoriti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Pada 16 Oktober lalu, Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong mengetuai perhimpunan jalanan yang bermula dari Padang Merbok hingga ke bangunan Parlimen bagi mendesak kerajaan memansuhkan Akta Hasutan.

Berhubung desakan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah agar Christopher menjelaskan sama ada perhimpunan jalanan itu ditaja atau sebaliknya, Khairul Anwar memberitahu, dakwaan itu mungkin berasas.

No comments:

Post a Comment