Followers

rantau ku sayang

Sunday, October 26, 2014

Selepas Avin Vavi, REJIMEN ANARKI Berjaya Larikan Diri Ke Sweden...!!


Ali Abdul Jalil yang berhadapan dengan 8 pertuduhan menghina Sultan Johor dan Sultan Selangor, berjaya melarikan diri ke Sweden dengan bantuan pelbagai pihak dari dalam Malaysia termasuklah Lawyers For Liberty, Sisters In Islam dan sebagainya. Lebih menarik lagi ialah bagaimana dia boleh keluar dari Malaysia, menerusi sempadan Malaysia-Thailand tanpa dapat dikesan, sekalipun dia sebenarnya berada di bawah jaminan bagi menghadapi pertuduhan ke atas jenayah-jenayah yang dilakukannya.

Dalam ceritanya, Ali Abdul Jalil menyatakan yang dia menuju ke Bangkok pada 18 Oktober dan kemudian terbang ke Stockholm, Sweden pada 21 Oktober. Bantuan daripada beberapa pihak terutama NGO asing, membolehkan dia mendapat permit kerja dan sedang mencuba untuk mendapatkan suaka politik daripada Kerajaan Sweden.

Menurutnya lagi, Malaysia telah melayannya seperti 'sampah' dengan diekori oleh polis pada sepanjang masa. Pada masa yang sama, dia turut menerima ancaman keselamatan daripada orang ramai bagi kesalahan yang tidak diakuinya. Justeru, dia berasa lebih selamat berada di luar negara, terutama sekali Sweden yang tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia.

Ali Abdul Jalil merupakan antara yang paling aktif menentang kerajaan dan melakukan kerja-kerja anarki termasuklah menggunakan media sosial untuk mewujudkan sebuah negara sosialis yang menghapuskan kerajaan serta institusi beraja di Malaysia. Segala caci maki dan sumpah seranahnya kepada sultan-sultan di Malaysia dianggap sebagai satu tindakan wajar yang tidak perlu dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Kakaknya yang juga merupakan salah seorang penjaminnya setelah dia dipenjarakan selama 22 hari bermula pada 8 September sehingga 29 September yang juga merupakan permintaan ahli keluarganya sendiri, telah menyelar kerajaan dan pihak berkuasa kerana terlalu 'mengambil berat' tentang adiknya yang menurutnya membuat kenyataan bodoh. Kerajaan dan pihak berkuasa disifatkannya sebagai 'bodoh' kerana melayan adiknya dengan tindakan undang-undang.

Agak aneh kerana Ali Abdul Jalil sangat membenci sultan dan institusi diraja, tetapi dia melarikan diri ke Sweden yang ketua negaranya adalah seorang raja!

Persoalannya sekarang, bagaimana Ali Abdul Jalil begitu mudah melepaskan diri? Apakah hukuman kepada penjamin-penjaminya hanya sekadar hilang duit jaminan tanpa sebarang natijah lain? Bagaimana kawalan dan pemantauan 'ketat' sebagaimana yang didakwa oleh Ali Abdul Jalil a.k.a Rejimen Anarki, tiba-tiba sahaja menjadi longgar dan dia boleh pergi ke negara asing dengan pasport antarabangsanya tidak diperiksa atau disekat?

Ada banyak persoalan yang timbul, sekaligus turut mempersoalkan motif Anwar Ibrahim yang berulang-ulang kali menyatakan, dia boleh berlepas dan melarikan diri ke luar negara pada bila-bila masa dia suka!

Apakah ini mempunyai kaitan?

No comments:

Post a Comment