Followers

rantau ku sayang

Wednesday, October 29, 2014

Rayuan liwat: Shafee nampak relaks hadapi pasukan peguam bela Anwar


Panjang cerita...asalnya semua menduga keputusan kes rayuan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat diketahui selewat-lewatnya petang Khamis.Ini kerana prosiding kes itu asalnya ditetapkan dua hari Selasa dan Rabu saja.
Namun berdasarkan rentak perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu terhadap bekas pembantunya,Saiful Bukhari Azlan yang bermula pagi Selasa di Mahkamah Persekutuan Putrajaya silap haribulan ia boleh lajak sampai hari Jumaat.

Apapun setakat ini keputusan yang telah dibuat ialah perbicaraan akan dilanjutkan sampai Khamis.

Ia diumumkan oleh Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria yang juga ketua penal lima hakim yang mengadili kes rayuan berkenaan.

Beliau menyatakan demikian sejurus sebelum perbicaraan berehat pada sebelah tengahari.

Lanjutan itu kerana untuk memberi masa kedua-dua pihak peguam pembela dan peguam pendakwa berbalas hujah.

Perbicaraan sebelah pagi sampai ke petang bertumpu kepada penghujahan oleh ketua pasukan peguam bela Anwar,Datuk Seri Gopal Seri Ram.

Ketua Pasukan peguam pendakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika ditemui wartawan memberitahu giliran beliau berhujah dijadualkan awal pagi esok Rabu tetapi mungkin pada lusa,Khamis.

Menurutnya pihak mahkamah menunda kes ini sehari lagi iaitu sehingga Khamis.

Beliau tidak tolak kemungkinan ia boleh berlanjutan sampai Jumaat.

"Ini kerana, selepas saya berhujah, mereka (pasukan peguam bela) perlu menjawab hujah saya," katanya.

Sekalipun pasukan peguam bela Anwar tampil dengan pelbagai hujah setakat ini,Shafee nampak relaks sahaja.

"Kita mendengar hujah mereka... hujah yang mana kita sudah jangka. Bukan perkara yang kita tidak jangka. Jadi, kami rasa... kita sudah dapat jawapannya," katanya.

Beliau memberitahu pasukannya sudah bersiap sedia dengan pelbagai isu yang berbangkit dan juga isu yang tidak berbangkit sebelum ini oleh pasukan peguam bela.

"Seperti yang anda tahu ini adálah rayuan terakhir. Jadi banyak isu yang akan timbul dan juga isu yang tidak pernah berbangkit sebelum ini,"katanya.

Kelibat Shafee di sekitar mahkamah memang mencuri perhatian ramai.

Beliau yang dilantik khas oleh pejabat Peguam Negara mengetuai pasukan pendakwa kurang disenangi oleh pasukan Anwar.

Sebelum ini mereka tiga kali cuba menerusi proses mahkamah mengugurkan beliau dari pasukan pendakwa.

Setelah beliau tampil mengetuai pasukan pendakwa dan menerusi hujah-hujahnya,Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan itu pada 9 Januari 2012.

Mahkamah Rayuan pada hari itu menjatuhkan hukuman penjara lima tahun keatas Anwar kerana bersalah meliwat Saiful.

No comments:

Post a Comment