Followers

rantau ku sayang

Sunday, October 26, 2014

Ugutan Tinggalkan Pas dan PKR, Dap Sarawak Hanya Cuba Main Politik Murahan

Kenyataan Ketua Dap Sarawak, Chong Chieng Jen yang menganggap masa depan pakatan pembangkang Sarawak akan diketahui Jun tahun depan apabila Pas mengadakan muktamar pemilihannya adalah bersifat untuk meraih populariti sahaja, kata penganalisis politik tempatan Dr Jeniri Amir.


Katanya, sesuatu yang menghairankan apabila Dap menyatakan kesepakatan pakatan pembangkang Sarawak bergantung kepada kedudukan Pas lantaran kewujudan parti terbabit di negeri itu adalah tidak relevan.

“Pas di Sarawak bukanlah satu persoalan besar kerana parti terbabit tidak mendapat sokongan dari kalangan rakyat malahan etnik Melayu Melanau menolak parti tersebut dengan terus setia kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menjadi teraju kerajaan bersama Barisan Nasional (BN),”

Baru-baru ini, Chieng Jen menyatakan bahawa Dap Sarawak akan tarik diri daripada pakatan pembangkang sekiranya kumpulan ulama menang dalam muktamar Pas selain turut akan kekalkan pendirian tidak terlibat dengan sebarang aktiviti atau kerjasama dengan PKR yang dianggap mempunyai pendirian kaburnya berkaitan hudud.

“Di Sarawak hal hudud ini bukanlah satu isu besar kerana rakyat tahu pendirian kerajaan yang mentadbir malahan masyarakat di sini juga amat berbeza dengan situasi di Semenanjung namun hal tersebut sengaja ditimbulkan sebagai satu bahan untuk populariti Dap menjelang pilihan raya Negeri Sarawak akan datang,” katanya.

Beliau yang juga pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melihat langkah Dap Sarawak yang mengajukan isu tersebut sebagai satu pendekatan untuk mendapatkan sokongan pengundi Cina semata-mata.

“Tidak banyak perkara yang boleh ditimbulkan oleh pembangkang untuk dijadikan isu maka hudud ini adalah salah satu bahan yang boleh diangkat untuk meraih populariti pembangkang di kalangan pengundi sedangkan realitinya kerajaan negeri telah menanganinya malah kedudukan Pas sendiri tidak diterima oleh rakyat Sarawak.

“Sekiranya Pas bertanding pada pilihan raya negeri akan datang pun mereka tidak akan menang kerana mereka tidak mendapat tempat di sini, begitu juga dengan kedudukan PKR yang nampaknya sukar untuk mendapatkan sokongan dari rakyat.”

pas-dap-pkr (1)Jelasnya, jika dilihat dari sudut taktikal politik, Dap mengambil jalan selamat dengan menyatakan pendirian secara tegas berkaitan keputusan yang bakal dibuat sekiranya Pas benar-benar melaksanakan hudud walhal perkara terbabit hanya akan terungkai Jun tahun hadapan.

“Ini adalah permainan politik dari pakatan pembangkang untuk mengangkat populariti Dap dari kalangan pengundi Cina sedangkan hal ini tentunya tidak akan menjadi realiti kerana tentunya akan ada campurtangan dari pimpinan pusat kelak.

“Sekiranya benar Dap keluar dari pakatan pembangkang di Sarawak maka tentunya ini akan mencalarkan imej kepada keseluruhan kepimpinan pakatan khususnya di peringkat pusat, dan ini tentulah mereka mahu elakkan dengan kenyataan terbabit hanyalah satu permainan politik sahaja.”

Mengulas berkaitan pilihan raya Sarawak, beliau melahirkan keyakinan bahawa Barisan Nasional akan mengekalkan pentadbiran di negeri terbabit berdasarkan kepada pengurusan dan pentadbiran yang cekap selain ketidakupayaan pakatan pembangkang melaksanakan apa-apa tanggungjawab. 

No comments:

Post a Comment