Followers

rantau ku sayang

Thursday, October 16, 2014

SELEPAS PULAU PINANG, DAP IDAM SARAWAK PULA !


Kampung Melayu di Pulau Pinang sudah tergadai. Sejak DAP berkuasa, rakyat hilang kampung. Dijangka 10 tahun akan datang, tidak ada lagi kawasan yg tinggal bernama 'kampung' di negeri itu.

Antara yg menjadi mangsa sebelum ini ialah penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Tengah, Kampung Genting, Kampung Permatang Tepi Laut, Kampung Teluk Kumbar, Kampung Rawa, Kampung Rawana dan banyak lagi ... Terbaru menjadi mangsa ialah Kampung Mutiara.

Itu tidak termasuk kampung Buah Pala, Jelutong, Sungai Nibong, Gelugor dan Bayan Lepas ...

Inilah kejayaan hasil keberkesanan kempen INI KALI LAH, UBAH anjuran DAP.

Pulau Pinang akan dijadikan Kota Metropolitan hanya untuk golongan kaya dan mewah. Jadi usahlah bermimpi menyangka projek mega seperti terowong bawah laut dibuat untuk kemudahan orang2 kampung Melayu di Pulau Pinang.

Maaf, realitinya apa2 sahaja pembangunan struktur yg dibuat DAP bukan untuk orang Melayu yg hidup di kampung2. Setiap tahun, ada sahaja kampung yg tergadai ke tangan pemaju projek perumahan. Melayu hanya menang sorak ...

Slogan UBAH, INI KALI LAH benar-benar mengubah pemilikan tanah penduduk kampung

Cara DAP mudah. Beri sedikit sumbangan, kemudian raih sokongan ... Bila dah dapat undi dan diberi berkuasa, mereka menentukan siapa kekal dan siapa kena keluar. Itulah yg kita lihat di Pulau Pinang pada hari ini.

Kini Dap maju setapak lagi ... Sarawak sasaran DAP selepas Pulau Pinang, walau pun di Sarawak belum lagi kedengaran DAP merampas tanah Bumiputra.

DAP belum lagi berkuasa dan sedang menanti peluang dalam setiap pilihanraya. Lebih menarik, Sarawak mempunyai hak autonomi yg tidak dikuasai Kerajaan Pusat sepertimana negeri2 lain di Tanah Semenanjung juga tiada Undang2 Tubuh di bawah naungan Sultan. Sesiapa pun boleh menjadi Ketua Menteri jika mendapat mandat rakyat.

Kerajaan Negeri Sarawak mempunyai kuasa ke atas tanah2 pribumi yg diwartakan selepas tahun 1958. Turut sama tersenarai ialah tanah yg tidak diterokai, biasanya dinamakan tanah kerajaan. Dengan saiz negeri yg hampir menyamai seluruh semenanjung, DAP sudah tentu mampu mewujudkan sebuah negara mereka sendiri.

Tanah NCR Sarawak dianggap berisiko lantaran tiada geran seperti status tanah persendirian yang lain. Bukti pemilikan biasanya direkodkan melalui peta dan didokumentasikan oleh pejabat daerah. Kawasan sempadan pemilikan tanah pula diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Tanah dan Survei.

Kebanyakan rakyat Sarawak mempunyai aset tanah tetapi disebabkan pengeluaran geran tanah dikawal kerajaan pemerintah, pihak2 daripada luar tidak dapat sewenang2nya mengambil alih tanah untuk kegiatan ekonomi dan kepentingan sendiri. Dominasi tanah oleh satu pihak banyak berlaku di Semenanjung sehingga ada dijadikan pelaburan untuk dijual kepada syarikat pemaju.

Foto: Burung Kenyalang menjadi ikon kempen DAP Pulau Pinang.
Semuanya adalah simbol yg membawa makna tersembunyi kepada cita2 DAP di Sarawak 

No comments:

Post a Comment