Followers

rantau ku sayang

Tuesday, October 14, 2014

Majlis Syura PAS larang ahli sertai Pasma yang diketuai ADUN PAS


Sungguh ironi... Majlis Syura Ulama PAS mahu ahli PAS menjauhi Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sebuah NGO yang ditubuhkan oleh pemimpin PAS kedah yang juga ADUN PAS Pengkalan Kundur Datuk Phahrolrazi Zawawi.
Yang peliknya... kenapa tidak ambil tindakan kepada Phahrolrazi dan orang-orang beliau...?

Bukankah Phahrolrazi itu sendiri adalah ahli dan ADUN PAS...?

Bahkan beliau bukan ADUN biasa, masa PAS jadi kerajaan di Kedah, beliau hampir melakukan 'kudeta' untuk menyingkirkan MB allahyarham Tan Sri Azizan Razak.

Phahrolrazi pemimpin kanan PAS Kedah dan disokong pulak oleh beberapa pemimpin PAS Pusat.

Dalam satu kenyataan Ahad, Majlis Syura Ulama PAS menasihatkan agar tiada ahli PAS yang menyertai sebarang aktiviti Pasma.

Setiausahanya, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, pihaknya memantau segala tindak tanduk yang dilihat boleh memecahbelahkan ahli-ahli PAS termasuk Pasma.

“Majlis Syura Ulama memantau dengan penuh prihatin beberapa tindak tanduk mutakhir ini yang dilihat boleh memecah belah ahli-ahli PAS seperti yang dilakukan oleh sebuah NGO yang dinamakan Pasma.

“Selaras dengan peringatan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dalam penggulungan Muktamar PAS 2014 yang lalu supaya tidak berlaku adanya jemaah dalam jemaah dan parti dalam parti, maka Majlis Syura Ulama memberi nasihat kepada ahli-ahli Pas supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti Pasma,” katanya.

Dalam kenyataan sama, beliau memberitahu bahawa badan perhubungan PAS negeri diminta membuat laporan bertulis sekiranya tindak tanduk seumpama itu berlaku di peringkat masing-masing.

“Kawasan-kawasan dan Badan Perhubungan Negeri juga dinasihatkan membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama sekiranya tindak-tanduk seumpama itu juga berlaku di peringkat masing-masing untuk diambil tindakan lanjut,” katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada semua ahli PAS tentang kewujudan perancangan antarabangsa bagi melemahkan gerakan Islam termasuk menjadikan parti Islam hanya memperjuangkan politik tanpa dakwah.

“Majlis Syura Ulama juga memperingatkan ahli-ahli PAS tentang kewujudan perancangan antarabangsa yang bergerak aktif menerusi pelbagai medium untuk melemahkan gerakan Islam (dan) membuang label politik Islam daripada parti-parti Islam.

“...(juga) menjadikan parti Islam hanya memperjuangkan politik tanpa dakwah dan mengetepikan perjuangan menegakkan syariat Islam yang luas merangkumi ekonomi, sosial, kebajikan dan undang-undang jenayah dengan dikecilkan kepada kebajikan yang sempit,” katanya.

Sebelum ini, Phahrolrazi yang merupakan Presiden Pasma, meminta pihak tertentu tidak buat tanggapan buruk terhadap penubuhan persatuan itu kerana tujuannya bagi menguatkan pakatan pembangkang.

Katanya, Pasma ditubuhkan bukan untuk menggantikan PAS, sebaliknya sebuah pertubuhan NGO bagi memastikan PR menggantikan BN memerintah negara.

Tambahnya, Pasma lahir daripada rasa kekecewaan penyokong yang selama ini meletakkan kepercayaan tinggi kepada PR

No comments:

Post a Comment