Followers

rantau ku sayang

Thursday, October 16, 2014

Bajet 2015 Baik Untuk Rakyat - Ku Li


Pembentangan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan sebuah bajet yang adil kepada rakyat ekoran ia dilihat lebih kearah kebajikan.

Bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata bajet tersebut turut mengambil kira kepentingan semua sektor ekonomi negara.

"Bajet tersebut merupakan sebuah bajet yang adil dan bagus sebagaimana ia menjaga kebajikan rakyat.

"Bajet 2015 juga mengambil kira kepentingan semua sektor ekonomi," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media selepas melancarkan buku "MTEM Lawan Rasuah" pada Forum Transformasi Barah Ali Baba Di Bumi Merdeka, disini, hari ini.

Pelbagai perkara telah disentuh mengenai bajet yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 10 Oktober lalu.

Ia meliputi isu perancangan untuk tempoh 12 bulan akan datang, peruntukan untuk pembangunan, pihak-pihak yang mendapat manfaat langsung dan tidak langsung, kesan makro dan mikro ekonomi dan banyak lagi.

Sebagai contoh, banyak pihak akan mendapat manfaat daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah dinaikkan kadarnya kepada RM950, disamping bonus kepada penjawat awam yang dibayar sebanyak setengah bulan gaji di samping bantuan-bantuan lain yang telah diumumkan. 

No comments:

Post a Comment