Followers

rantau ku sayang

Sunday, October 19, 2014

Apa Pas Mahu Cakap Bila Cina Cakap Hadi Awang Tidak Boleh Dipercayai?


Kecoh dalam kepimpinan Pas semalam bila seorang profesor dari Universiti swasta yang terkemuka yang mempunyai cawangannya di Subang Jaya menempelak Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang agar berundur bagi mengelakkan perpecahan lebih teruk dalam pakatan rakyat.

james-chineProfesor James Chin dari Universiti Monash berkata “Tidak akan ada kepercayaan antara sesama parti dalam Pakatan Rakyat selagi Hadi menjadi Presiden PAS. Pakatan Rakyat tidak akan maju ke depan selagi Hadi tidak diganti,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Malah James turut menyifatkan Presiden Pas itu sebagai halangan utama bagi gabungan parti pembangkang untuk merampas Putrajaya dari Barisan Nasional.

Hadi Awang juga disifatkan berperangai kebudak-budakan bila suka mengadu kepada Majlis Syura Ulama, satu badan yang tertinggi dalam kepimpinan Pas bila cadangan atau kenyataan beliau tidak dipersetujui oleh Jawatan Kuasa Pusat. Ini berlaku ketika krisis pertukaran Menteri Besar yang lalu di mana akhirnya Khalid Ibrahim dipecat dari jawatan tersebut dan digantikan dengan Azmin Ali. Hadi Awang adalah penyokong kuat Tan Sri Khalid ketika itu.

Pengkritik politik yang pro pakatan juga dilihat cuba menggambarkan bahawa Hadi Awang sudah hilang kredibilitinya bila menggunakan platform Muktamar Tahun Pas yang di adakan di Johor baru-baru ini dengan menyelar kumpulan atau individu yang tidak menyokong pendirian beliau dalam isu kemelut Menteri Besar Selangor yang membawa kepada keluarnya label “Barua” dan Broker” bagi yang tidak bersetuju dengan pendiriannya dalam hal tersebut.

Pengkritik politik juga cuba mensabitkan kekalahan Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubor adalah kerana hilangnya pengaruh Hadi Awang sehinggakan jumlah kehadiran pengundi ketika ceramah Pas amat ketara merosotnya seolah-olah Hadi Awang tidak memperdulikan langsung kewujudan jentera Pkr di sana. Mungkin kerana ahli Pkr di Dun Pengkalan Kubor hanya sekitar 400 orang.

Sudah nampak gerakan-gerakan tersusun untuk menggantikan Hadi Awang pada penggal hadapan. Bukan sahaja melalui kritikan yang panas dan secara terang-terangan seperti yang dibuat oleh Profesor dari Universiti Monash sahaja, malah lebih dari itu. Cakap-cakap ahli di bawah juga tanpa selindung mula mencari kelemahan ketara Presiden Pas itu hinggakan Pas hilang Terengganu pada PRU 2004 juga kerana kepimpinan yang amat lemah oleh Hadi Awang.

Kalau dulunya agak sukar untuk kita melihat portal-portal atau blog pro pembangkang mengkritik pemimpin mereka tapi kita kita boleh melihat dengan jelas, mereka ‘berperang’ sesama sendiri. Tanpa rasa “berdosa”, penulis-penulis maya ini menyerang Hadi Awang dan juga Dewan Syura Ulama Pas.

Kita tunggu dan lihat, apakah gabungan Hadi Awang dan Dewan Syura Ulama mampu untuk terus dihormati ahli sendiri atau kedua institusi, Presiden dan dewan tertinggi itu bakal dibuat rombakan besar-besaran pada penggal depan. Mat Sabu mampu tersenyum lebar, slogan “Kepimpinan Melalui Ulama” sudah tiada lagi dalam perjuangan Pas.

Buktinya, di dua pilihanraya kecil, Besut dan Pengkalan Kubur. Calon Pas datangnya dari kontraktor. 

No comments:

Post a Comment