Followers

rantau ku sayang

Sunday, October 19, 2014

BERJALAN UNTUK KEAMANAN DAN KEBEBASAN ANJURAN MAJLIS PEGUAM CEMARKAN IMEJ PEGUAM..!!


Sikap degil peguam termasuk beberapa pertubuhan NGO dan kumpulan aktivis yang menyertai perhimpunan untuk memansuhkan Akta Hasutan di Padang Merbok mencemarkan imej peguam seluruh negara.

Perhimpunan 'Berjalan Untuk Keamanan Dan Kebebasan' itu dilakukan tanpa mendapat persetujuan menyeluruh daripada badan-badan peguam.
Perhimpunan itu yang ternyata bersikap pentingkan diri dan memburukkan imej peguam di seluruh negara.

Jumlah peguam yg menyertai perhimpunan tersebut adalah terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan jumlah keseluruhan peguam berdaftar di negara ini iaitu lebih 14,000,sekali gus menunjukkan ia tidak mewakili suara majoriti.

Akta Hasutan perlu dikekalkan malah perlu ditambah baik bagi memastikan institusi Islam,Melayu dan Raja-Raja terus dipertahankan.

Kami KM3 menggesa kerajaan untuk menambah beberapa lagi badan guaman bagi mewakili peguam yang tidak mahu diperalatkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab demi kepentingan tertentu.
Ambil contoh seperti di Singapura,Australia,Amerika Syarikat yang mempunyai pelbagai badan guaman bagi mengelakkan amalan monopoli dalam sektor tresebut.

Ini akan memberi peguam pilihan dan alternatif untuk menjadi ahli mana-mana badan guaman tanpa terikat dengan kuasa monopoli sebuah badan sahaja seperti yang berlaku kini..!! 

No comments:

Post a Comment