Followers

rantau ku sayang

Wednesday, October 29, 2014

Wibawa mahkamah: Anwar talam dua muka, kata Khairy


Ketua Pemuda Umno  Khairy Jamaluddin menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berhenti mempersoalkan kewibawaan badan kehakiman atau mengaitkan kerajaan kepada tuduhan liwat yang dihadapinya.

“Kerajaan tidak memaksa Anwar buat apa yang beliau dituduh buat kepada Saiful. Anwar sendiri dituduh buat perkara itu, jadi kenapa nak dibicarakan kredibiliti kerajaan?,” kata Khairy dalam Facebooknya.

 “Seorang individu dituduh buat satu kesalahan, satu negara kena tanggung isu ini daripada usaha untuk memburukkan imej negara di mata dunia sampai demonstrasi sana-sini yang cuba dianjurkan oleh penyokong-penyokong Anwar," kata beliau.

Khairy berkata dalil Anwar bahawa badan kehakiman hanya boleh dianggap bebas dan adil jika beliau dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan sebagai tidak masuk akal.

Beliau  berkata sebelum ini Anwar meletakkan segala kepercayaan dalam sistem perundangan negara apabila menyaman beberapa pihak termasuk beliau (Khairy) sendiri.

“Bagi Anwar, hanya keputusan yang memihak kepada beliau boleh membuktikan mahkamah kita bebas dan adil. Ini logik apa? Patut dia terima apa sahaja keputusan. Jangan cakap hanya satu keputusan sahaja yang boleh diterima,” kata beliau.

“Sudah banyak kali Anwar bawa kes saman malu ke mahkamah, termasuk dua menentang saya. Bila timbul kes saman malu yakin pula beliau dengan institusi kehakiman kita. Banyak juga kes yang beliau menang. Yang itu beliau boleh terima sebagai bukti kebebasan institusi kehakiman. “ tegas Khairy.

Khairy menggesa Anwar untuk tidak lagi bersifat hipokrit dengan hanya menerima keputusan kes yang memihak beliau dan menolak yang lain sebagai tidak adil dan dipengaruhi kerajaan.

“Saya tak tahu macam mana lagi mahkamah kita boleh memberi peluang yang secukup-cukupnya pada Anwar,” kata beliau.

 “Bagi yang tak ingat, kes ini mula dibicarakan pada 7 Ogos, 2008. Ya, 2008. Bukan kes yang dibawa secara ekspres tapi diberi masa bertahun-tahun. Kes yang ditangguhkan sebanyak 67 kali. 67 kali. Kebanyakkannya atas permintaan peguam Anwar,” kata beliau.

“Apa sahaja keputusan Mahkamah Persekutuan, saya harap sebagai rakyat Malaysia kita terima. Ini bukan masalah negara. Ini masalah seorang individu. Banyak lagi kerja kita untuk membangunkan negara. 

No comments:

Post a Comment