Followers

rantau ku sayang

Friday, October 17, 2014

UPTOWN SHAH ALAM TERBAKAR, YB RODZIAH ISMAIL AMBIL KESEMPATAN ?


Dalam keadaan peniaga uptown Shah Alam yang masih lagi bersedih atas kemusnahan hasil titik peluh mereka selama 8 tahun.

Ada pula pemimpin dari PKR mengeluarkan kenyataan menuding jari kepada pihak pengurusan Uptown seperti yang dilaporkan oleh Portal....


Sebagai seorang Wakil Rakyat bagi DUN Batu Tiga yang juga berada dalam parlimen Shah Alam sepatutnya bersikap lebih bertanggung jawap, bukannya ambil kesempatan untuk menadapat publisiti murahan.

Soalan saya apakah bantuan atau sumbangan YB Rodziah Ismail kepada peniaga-peniaga Uptown Shah Alam pada saat mereka mula-mula bertapak di situ sejak 2006 yang lalu?

Pelbagai cabaran dan dugaan yang peniaga Uptown Shah Alam hadapi untuk memajukan perniagaan mereka dan secara tak lansung dapat menjadikan Seksyen 24 Shah Alam antara lokasi yang menarik untuk dikunjungi.

Selain itu YB Rodziah Ismail juga berkata "Perniagaan kecil-kecilan seperti di UpTOWN ini
seharusnya memberi peluang kepada para usahawan yang baru"

Dan "Ia sewajarnya tidak ditawarkan kepada usahawan yang sudah maju dan berupaya membina
kegiatan perniagaannya di tempat lain" tegas beliau.

Kenyataan ini amat mengguris hati ramai peniaga disana yang telah berusaha dari bawah sehinggalah apa yang mereka ada sebelum ianya semua terbakar hangus.

Saya ingin mengucapkan Tahniah dan Terima Kasih kepada pengundi di DUN Batu Tiga kerana anda telah memilih seorang wakil rakyat yang sangat bijak. 

No comments:

Post a Comment