Followers

rantau ku sayang

Sunday, October 19, 2014

VIDEO....BERHENTI GUNAKAN PENTAS CERAMAH UNTUK CALARKAN IMEJ ISLAM


Berkali-kali jemaah solat Jumaat tersungkur menjadi mangsa kepada sifat melampau penceramah/pengkhutbah yang mengkaitkan politik atau apa-apa perkaitan yang lain seperti berlaku sinis atau secara terus memaki orang-orang tertentu. Adakalanya pula, pengkhutbah akan meninggikan suara sehingga kanak-kanak tersentak bertanya kenapa ditinggikan suara.

Fikir kembali. Mana tidak orang-orang bukan Islam meminta azan diperlahankan (memang patut perlahan pun)? Mana tidak orang-orang bukan Islam memandang serong terhadap Islam?

Cuba dengar bahasa apa penceramah ini gunakan dan nilaikan sendiri tahap “ilmuwan” yang bertebaran di seluruh negara menggunakan teknik-teknik “offensive” ini. Adakah patut menggunakan perkataan “bodoh”, “pondan siam”, “bangang”, “bahalol”, “rascal”, “lembu” dan sebagainya?

Khutbah-khutbah di masjid-masjid Barat pula jauh berbeza. Adakah umat Islam akan jadi relevan hanya apabila disempitkan sebagai minoriti?

Islam perlu diajar dengan lembut dan tidak boleh digunakan sebagai model untuk takutkan orang. Berdasarkan hujah si pelampau dalam video ini, Islam sepatutnya dilakarkan sebagai “terrorism”. Dan tiada masalah pun jika kanak-kanak menyanyi. Selepas dengan teruknya memaki hamun Aznil Nawawi, sebut pula “Allahuakbar”.

Bayangkan orang-orang bukan Islam dengar perkara sebegini, apa yang mereka simpulkan? 

No comments:

Post a Comment