Followers

rantau ku sayang

Friday, October 24, 2014

NGO Antarabangsa Desak Pertuduhan Anwar Digugurkan...Siang Sikit Lah


ANWAR bab kelentong pada orang yang tak tahu menahu boleh lah...Nak berbohong

KUALA LUMPUR 24 Okt - NGO hak asasi antarabangsa menggesa kerajaan supaya menghentikan "pendakwaan bermotifkan politik" terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pengarah Human Rights Watch bagi Asia, Phil Robertson berkata, pendakwaan terhadap Anwar yang menurutnya untuk sesuatu yang tidak boleh dianggap sebagai jenayah, menunjukkan sejauhmana kerajaan bersedia lakukan untuk menghapuskan lawan politik.

Katanya, pihak berkuasa Malaysia perlu menggugurkan kes mereka terhadap Anwar atau berdepan risiko mempersendakan sistem keadilan jenayah di negara ini.

Dalam satu kenyataan kenyataan hari ini, beliau mendakwa undang-undang liwat seperti artikel 377, bertentangan dengan standard undang-undang antarabangsa yang menurutnya telah diterima secara meluas.

Beliau menarik perhatian bahawa artikel 377 Kanun Keseksaan telah digunakan hanya tujuh kali sejak tahun 1938 (dengan memetik kajian oleh Women's Candidacy Initiative), di mana empat daripadanya membabitkan Anwar.

Anwar dibebaskan daripada tuduhan liwat keduanya, tetapi keputusan itu dibatalkan selepas kerajaan membuat rayuan.

Ketua Umum PKR itu kini merayu keputusan tersebut, dan mendakwa pasukan peguamnya menjadi sasaran Akta Hasutan untuk menghalang pembelaannya. 

No comments:

Post a Comment