Kalau dahulu, sebut tentang 13 Mei, maka pasti ramai yang akan cuba
menutup mulut kita agar kita tidak menyentuh langsung tentang tragedi
berdarah itu. Malah dalam buku-buku sejarah yang diajarkan di
sekolah-sekolah juga, perkara 13 Mei 1969 hanya disentuh seimbas lalu.
Berbanding serangan berdarah Komunis ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong,
13 Mei yang memakan korban lebih ramai di kalangan orang awam, tidak
begitu dipandang dan diendahkan.
Semuanya atas nama harmoni dan tolak ansur atau lebih tepat lagi MUHIBBAH!
Namun walaupun Kerajaan Perikatan kemudiannya menjadi Barisan
Nasional cuba melenyapkan sejarah tersebut, pihak yang bertanggungjawab
langsung tidak pernah serik dan terhutang budi. Sebaliknya mereka
berusaha mewujudkan kembali sejarah tersebut dalam bentuk dan gaya baru.
Kali ini dengan bantuan orang Melayu sendiri, yang kemaruk dengan
kuasa, yang kemaruk dengan jawatan.
Setelah berhempas pulas, bermandi peluh dan darah, orang
Melayu-Bumiputera akhirnya berjaya memerdekakan negara ini. Kaum imigran
yang kesetiaan mereka kepada negara ini amat dicurigai, bahkan diragui
pada awalnya oleh banyak pihak yang mereka akan sanggup bertindak
sebagaimana Melayu-Bumiputera berusaha mempertahankan negara ini,
akhirnya diterima sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia menerusi
JUS SOLI dengan hak yang hampir sama. Malah mereka diberikan kebebasan
mengamalkan budaya, agama, bahasa dan adat resam.
Bahkan mereka juga
dibenarkan melaksanakan pendidikan vernakular dengan menjadikan Malaysia
sebagai satu-satunya negara di dunia ini yang mengiktiraf pendidikan
vernakular kaum imigran sebagai salah satu teras pendidikan nasional.
13 Mei adalah manifestasi daripada segala hasutan dan perasaan sakit
hati yang disuburkan oleh kaum imigran yang enggan menerima hakikat yang
mereka adalah imigran dan kebaikan yang telah diberikan kepada mereka,
melebihi daripada apa yang diterima oleh kaum pribumi sendiri. Kebebasan
yang mereka nikmati hasil daripada tolak ansur dan berprasangka baik,
menyebabkan mereka berasa juah, bangga diri dan mula tamak.
Kebimbangan kononnya orang Melayu dan Bumiputera akan merampas
kekayaan kaum imigran yang telah dikumpul semenjak dari zaman penjajahan
British, diluap-luapkan oleh DAP semenjak awal penubuhan parti itu
lagi.
Itu cerita sejarah…
Ada yang mengatakan, semua itu berlaku pada tahun 1969 dan ianya
tidak lagi berlaku sekarang. Satu pendapat songsang yang bukan sahaja
karut tetapi tidak berpihak ke bumi yang nyata.
Dari serangan ke atas syarikat-syarikat korporat Melayu-Bumiputera,
dari pengotoran imej kepada mana-mana usahawan Melayu-Bumiputera dengan
cop KRONISME, RASUAH dan sebagainya, sehinggalah usaha menyekat
produk-produk perniagaan Melayu-Bumiputera daripada dikembangkan dan
disebarluaskan, usaha-usaha 13 Mei 1969 tidak pernah terhenti.
Rasuah dan kronisme serta nepotisme yang diperkenalkan oleh Anwar
Ibrahim telah dikembangbiakkan oleh DAP dengan begitu berjaya. Rasuah
dan penyelewengan yang dilakukan oleh DAP telah ditutup dengan
sebaik-baiknya menerusi tuduhan yang dikenakan kepada UMNO dan Barisan
Nasional.
Penyelewengan kuasa dan kewangan di Selangor yang membabitkan
DAP dan Pakatan Rakyat, cuba dihalalkan dengan tuduhan dilemparkan
kepada para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang lain.
Kalau pada 1969, kempen yang digunakan adalah hapuskan Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan sebaliknya dimartabatkan Bahasa Mandarin,
Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan, hak keistimewaan Melayu-Bumiputera ditiadakan sebaliknya
semua rakyat Malaysia mempunyai hak yang sama, keistimewaan Islam dan
penganutnya dalam Perlembagaan dilupuskan,
sebaliknya semua agama di
negara ini diangkat sebagai agama rasmi, maka sekarang ini pula, tragedi
berdarah versi terbaru cuba dicetuskan menerusi revolusi yang lebih
bersifat ‘rakyat’ dan merata.
Taktik sebegini sebenarnya telah dilakukan oleh Marxisme yang
menelurkan Sosialisme dan Komunisme. Umpan rakyat dijadikan sebagai
umpan paling mujarab bagi mencetuskan kebangkitan rakyat untuk
menggulingkan kerajaan yang sah.
Justeru, walaupun sudah 41 tahun berlalu, sebenarnya TRAGEDI 13 Mei
1969 tidak pernah menjadi bahan klasik untuk dikenang dan dijadikan
sebagai pengajaran apatah lagi pemain-pemain Tragedi 13 Mei 1969 masih
lagi wujud sebagai ahli politik yang tidak pernah serik-serik untuk cuba
membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan dan teras yang membina
negara ini.
No comments:
Post a Comment