Hari pengundian bagi pilihan raya
umum ke-13 ditetapkan pada Ahad 5 Mei, manakala tarikh penamaan calon
pada 20 April, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Rabu.
Pengundian awal ditetapkan pada 30 April.
Tempoh berkempen ialah selama 15 hari. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.
Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz
Mohd Yusof berkata seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi
kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan Khamis (11 April).
Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Abdul Aziz membuat pengumuman itu pada pukul 12.30 tengah hari di ibu
pejabat SPR di Putrajaya, yang disiarkan secara langsung oleh RTM dan
TV3.
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment