Followers

rantau ku sayang

Monday, April 29, 2013

SMS jijik pembangkang untuk menang PRU13 : MB turut terima SMS berkenaan #PRU13 #GE13 .

Dah tak ada cara lain nak menang ? kini pembangkang menggunakan kaedah fitnah untuk mendpatkan kembali sokongan kaum India yang telah sedar bahawa mereka sebenarnya tertipu dengan janji janji manis pembangkang pada PRU12 yang lalu.

Kaum India merupakan defesit bagi BN dan ini merungsingkan pembangkang kerana mereka pasti akan kalah besar pada PRU13 ini. Cuba menghasut dengan SMS jijik  dengan mengatakan bahawa kerajaan banyak membelanjakan duit untuk membina masjid , khususnya masjid di Paroi dan hanya membelanjakan  RM15 ribu sahaja untuk kuil.

Menteri Besar juga turut menerima SMS yang datang dari orang yang tidak dikenali ini.

Ini bertujuan untuk membangkitkan kemarahan kaum India. Peruntukan pembinaan masjid di terima dari Jabatan Wakaf Zakat  dan Haji (JAWHAR) dan menggunakan peruntukan daripada Pusat Zakat dan Baitulmal (MAINS).

Rakyat , khususnya kaum India jangan lah mempercayai SMS fitnah ini dan  berilah sokongan padu kepada BN.

No comments:

Post a Comment