Followers

rantau ku sayang

Saturday, April 6, 2013

Debaran terjawab pada 10 April....


pilihanraya513 
Kalau nak tahu bila tarikh penamaan calon dan buang undi pilihanraya umum ke 13...tunggu Rabu 10 April ini.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah tetapkan hari itu untuk mesyuarat khas untuk tujuan berkenaan.

Hal ini diberitahu oleh Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Baria menerusi satu kenyataan Jumaat.
SPR ada masa 60 hari untuk tetapkan tarikh PRU13 bermula dari pembubaran DUN Negeri Sembilan pada 28 Mac.

Kebiasaan SPR menetapkan tarikh penamaan calon seminggu selepas mesyuarat khas itu.
Apa yang menjadi persoalan sekarang berapa hari tempoh kempen yang akan dibenarkan.
Besar kemungkinan ia akan lebih 10 hari.

Mengambil kira kalau betul dalam lingkungan ini ada kemungkinan hari pembuangan undi PRU 13 hujung bulan April.

Tarikh yang menjadi ramalan hangat ialah 27 April hingga 30 April.

27 April jatuh pada hari Sabtu manakala 28 hari Ahad yang dikira cukup cantik untuk buang undi.
Namun seperti kata Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Abdul Rahman sebelum ini SPR perlu ambil kira berbagai faktor dalam menetapkan tarikh pilihanraya.

Katanya ia juga tidak semestinya hari cuti sekolah. Pertimbangan juga diambil dari aspek sekiranya ada perayaan mana-mana kaum waktu itu.

Aziz juga berkata berdasarkan pada tarikh pembubaran DUN pertama Negeri Sembilan pada 28 Mac maka tarikh pembuangan undi maka tarikh akhir pembuangan undi boleh ditetapkan pada 28 Mei.

Melihat balik pada masa lampau SPR belum pernah tetapkan tarikh pilihanraya hingga hujung tempoh atau jauh sangat dari waktu mesyuarat khasnya.

No comments:

Post a Comment