Followers

rantau ku sayang

Friday, April 5, 2013

Nor Azman perlu bercakap mengikut fakta bukan hanya mencari publisiti murahan !

Tepat dan berpatutan sekali tindakan  MAINS memecat imam  masjid Ampangan sdr Nor Azman Mohamad kerana menyalah gunakan kuasa yang ada  pada nya sebagai imam untuk berpolitik. Ini terbukti apabila Azman kini adalah Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan. 

Azman tidak dapat  menyembunyikan  minatnya berpolitik apabila jelas terbukti kini beliau adalah ketua penerangan PAS Negeri Sembilan. Azman juga berhasrat untuk bertanding untuk menjadi wakil rakyat dan hari ini Azman cuba menonjolkan  dirinya dengan kenyataan menyelar kerajaan  walaupun Azman  sendiri tidak mengetahui fakta sebenar. Ini hanyalah semata mata untuk mencari publisiti murahan bagi memancing kepimpinan PAS untuk diberikan tempat sebagai calon PAS.

Dalam harakah 2 April Azman menyelar kerajaan Negeri Sembilan kononnya Audit tahunan menunjukkan UMNO BN gagal mentadbir  Negeri Sembilan tanpa memberikan fakta alasan kenapa beliau boleh mengatakan hujah yang beliau berikan itu benar.

Tak perlulah kita berhujah dengan fakta kepada Azman kerana saya  pasti dia juga telah membaca laporan Audit tetapi tidak faham. Azman lihat lah pembangunan dan kaji semula  jaringan sosial yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri yang telah banyak membantu rakyat termiskin di Negeri Sembilan. Defisit yang banyak serta "Cash Flow" yang besar disimpan oleh kerajaan Negeri. Azman buka mata dan baca serta terima lah fakta asebenar bahawa Negeri Sembilan kini sedang pesat membangun.

3 comments:

  1. cash flow pekebendanye kalau investment menurun.belum cite penyelewengan negeri roadstone,..betul lah dia cakap tuh.xkisah lah dia sape..aku ni orng UMNO, aku tau apa yg mad hasan dan abangnya azman hasan buat.klu mad hasan jadi MB lagi, mintak maaf lah...

    ReplyDelete
  2. Bagaimana pula, Nazir Masjid Kampong Raja Uda Port Klang ada lah Yang Di Pertua PAS Klang? Nama beliau tidak di pilih oleh Jemaah Masjid semasa pemilihan Jawatankuasa. Ketua Kampong dari PAS telah mempertabatkan nama beliau sebagai Nazir Masjid. Imam yang tidak ada dalam senarai Jemaah terus mendapat jadi Imam 2. PAS buat Masjid, macam BAPAK dia orang punya.

    ReplyDelete
  3. Anon o9.51,
    Kau tu memang orang Pakatoons,tak rugi pun UMNO kau tak undi.Agak kek mano Si Azman ni nak bertanding,malu lah bilo dongar Aishah pun diberi kawasan Jempol..Nasib lah Lalat Hijau.

    ReplyDelete