Followers

rantau ku sayang

Thursday, April 18, 2013

Bantah Teroka Hutan Haram : Hadi Awang dan Taufek Di Tempelak Bercakap Tidak Guna Fakta


[Bantah Teroka Hutan Haram : PAS Berkumpul di Hutan Simpan Kekal Miku, dakwa bukan dilakukan Orang Asli - Sinar Harian 17 April 2013]

Kawasan yang dimaksudkan adalah merupakan kawasan Hutan Simpan Johol dan bukannya Hutan Simpan Kekal Miku.

Pada bulan Julai 2012, Pihak Berkuasa Negeri telah meluluskam satu projek bagi tuan meningkatkan pendapatan masyarakat orang asli sekitar Kg Charik dan Kg Bari menerusi Projek Ladang Hutan Getah "Timber Latex Clone" di kawasan Hutan Simpan Johol sejajar dengan keputusan Majlis Tanah Negara ke-68 yang membenarkan sehingga 3% daripada keluasan kawasan hutan pengeluaran dalam hutan simpanan kekal dibangunkan dengan projek ladang hutan. Ini bermakna seluas 3,000 hektar kawasan hutan  pengeluaran di Negeri Sembilan boleh dibangunkan dengan projek Ladang Hutan Getah "Thimber Latex Clone".

Kawasan hutan sekitar Kompartment 12, 13, 14 dan 15 Hutan Simpan Johol dipilih untuk Projek Ladang Hutan Getah "Timber Latex Clone" di Kg Charik dan Kg Bari kerana sebahagian besarnya telah diceroboh dan ditanam dengan pokok getah secara ad hoc oleh masyarakat orang asli. Pembangunan di kawasan ini secara tidak langsung akan menghadkan aktiviti penerokaan haram oleh masyarakat orang asli. Keluasan kawasan yang akan dibangunkan adalah seluas 420 hektar.

Seramai lebih kurang 200 ketua isi rumah masyarakat orang asli dijangka akan mendapat manfaat menerusi Projek Ladang Hutan Getah "Thimber Latex Clone" di Hutan Simpan Johol. Pembangunan kawasan dijalankan secara sah mengikut undang-undang di mana lesen pembalakan telah dikeluarkan kepada kontraktor yang terbabit dan Permit Pengurusan bagi kawasan ini juga telah diluluskan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Sembilan sebagai agensi yang bertanggungjawab. Projek ini juga mendapat bantuan daripada pihak RISDA.

Ini pula petikan dari n9kini.com


Presiden PAS ditempelak 

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang di tempelak kerana membuat tuduhan melulu mengenai penerokaan hutan di Johol, Kuala Pilah sehingga tersilap lokasi dan tanpa mendapatkan fakta sebenar. 

“Lokasi dimaksudkan itu bukan Hutan Simpan Kekal Miku, sebaliknya Hutan Simpan Johol. Ia juga bukan penerokaan haram, tapi projek kerajaan negeri untuk meningkatkan pendapatan Orang Asli di Kampung Charik dan Kampung Bari. 
Kerajaan Negeri  bekerjasama dengan RISDA menjalankan projek Ladang Hutan Getah yang akan memberi pendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan kepada lebih 200 keluarga peserta,

No comments:

Post a Comment