Followers

rantau ku sayang

Friday, April 5, 2013

PRU-13: Dato Seri Haji Mohamad Haji Hasan sah pertahan DUN Rantau dan Khairy sah Ahli Parlimen Rembau

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengesahkan kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

 Beliau mengesahkan demikian pada sidang akhbar selepas taklimat teknikal Barisan Nasional (BN) di Wisma UMNO dekat sini hari ini. Mohamad juga berkata, semua jentera parti sudah siap sedia dan mereka perlu menerima siapa juga yang dicalonkan serta bersatu bagi memastikan BN menang besar pada PRU-13 ini.

"Kita perlu pertahankan negeri ini kerana ini adalah maruah kita," katanya dihadapan lebih 1,000 pemimpin Peti Daerah Mengundi (PDM) negeri ini. Pada sidang akhbar itu juga, Mohamad turut memaklumkan ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaludin turut kekal bertanding di kerusi Parlimen Rembau

No comments:

Post a Comment