Hanya khabar khabar angin saja. namun jika ini adalah kenyataan terimalah hakikat kerana anda adalah pemimpin parti yang terbaik dari Negeri Sembilan. |
AKHBAR ONLINE MALAYSIAKINI.COM tak perlulah jadi Batu Api untuk melaga lagakan pengundi pengundi di berberapa kawasan Parlimen Negeri Sembilan hanya kerana ura ura yang mengatakan bahawa seorang menteri kanan veteran dari Negeri Sembilan akan digugurkan dan beberap orang ahli Parlimen yang telah mendapat peluang beberapa kali menjadi Ahli Parlimen akan digugurkan di Negeri Sembilan.
Sesungguhnya belum ada sebarang pengumuman rasmi yang telah dibuat oleh Barisan Nasional yang mengsahkan menteri berkenaan dan beberapa orang ahli Parlimen berkenaan digugurkan. Sekiranya ianya menjadi kenyataan , rakyat perlu terima apa juga keputusan yang dibuat oleh pucuk kepimpinan tertinggi BN ini ada muslihat yang akan membawa kebaikan kepada Parti dan juga pemimpin berkenaan.
Bagi pemimpin yang nama nama mereka yang ditiup oleh angin yang mengatakan bahawa mereka akan digugurkan , bersedia lah untuk menerima hakikat jika kenyataan ini benar benar berlaku dan terima lah dengan hati yang terbuka untuk kepentingan parti. Janganlah kerana nama kita tidak naik pada tahun ini dan permah naik beberpa tahun yang lalu kita terus mahu menunjukkan semangat setiakawan yang kurang sihat. Ingat bahawa anda pernah menjadi pemimpin terbaik sebelum ini ketika diberikan peluang untuk berkhidmat kepada rakyat. Jadi lah pemimpin yang "Gentelman" dan satukan penyokong masing masing untuk menyokong calon yang baru.
Sampailah masa pemimpin ini memberikan peluang kepada orang lain pula kerana orang ini dulu pernah menyokong anda ketika anda dipilih sebagai calon.Kini adalah giliran anda pual memberikan sokongan kepada pemimpin baru pula. Janganlah pula mahu duduk berkhidmat sampai tulang tulang dah reput dan mahu jadi barang barang antik pun masih memimpin seperti pemimpin pembangkang sampai sudha nayuk masih mahu memimpin. Berilah peluang kepada orang lain. Sepertikata Tun M , sehebat mana kita sekali pun kkita akan dibenci jika terlalunlama memegang satu satu jawatan. Berihat lah , baik untuk kesihatan.
KEPADA PENYOKONG BARISAN KEPIMPINAN INI TERIMALAH HAKIKAT CALON YANG DIPILIH DI NEGERI SEMBILAN INI ADALAH YANG TERBAIK SETELAH BEBERAPA KALI SARINGAN DILAKUKAN OLEH KEPIMPINAN TERTINGGI DAN PERDANA MENTERI. MARILAH KITA BERIKAN PELUANG KEPADA PEMIMPIN BAFRU DAN JANGAN LAH PULA ADA YANG CUBA MEMBURUKKAN MENTERI BESAR KERANA INI BUKAN KEPUTUSAN BELIAU SECARA MUTLAK. MARILAH KITA BERFIKIRAN POSITIF.
OLEH : CILI BESAR : WWW.CILIAPIBLOGGERS.BLOGSPOT.COM
No comments:
Post a Comment