Followers

rantau ku sayang

Monday, April 15, 2013

Semangat Gempur Pemuda Membara-bara

Rantau, 14 Apr. –  Semangat juang yang ditunjukkan oleh jentera pemuda Rembau di Majlis Pelancaran Gerak Gempur Pemuda Rembau di Dewan Orang Ramai Rantau, petang tadi memberi petunjuk jelas bahawa pemuda telah siap sedia mengempur musuh di dalam pertempuran Pilihanraya Umum ke-13 bagi menubuhkan sebuah kerajaan yang kuat.

Pelancaran gerak gempur ini juga memperlihatkan bahawa pemuda BN Rembau tidak gentar, tidak sabar untuk  memastikan kemenangan diperoleh oleh parti BN.

Di bawah Barisan Nasional, juga memperlihatkan pemuda dari parti kompenan saling bergandingan dan menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi.

Pengerusi BN Negeri juga Pengarah Pilihanraya, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan berasa amat puas hati dengan kehadiran lebih 2,000 jentera pemuda BN di sini.
Beliau amat yakin dengan semangat yang ditunjukkan ini bertitik tolak dari kejayaan gerak kerja yang diurus dengan baik.
Satu ketika dahulu, parti BN amat risau dengan ketirisan jentera pemuda yang menjadi pengerak utama parti, sebaliknya apa yang dilihat pada hari ini merupakan petanda yang amat baik.

Katanya lagi, jika semangat ini diteruskan sehingga BN mencapai kemenangan dan menempa kejayaan di PRU kali ini, kita yakin mampu untuk membina sebuah kerajaan yang kuat dan stabil.

Menjawab soalan wartawan berkaitan senarai nama calon di sidang media ringkas, katanya, “senarai tersebut akan diserahkan oleh Presiden Parti, Dato’ Seri Mohd Najib di PWTC pagi esok, dan jika tidak ada aral, calon yang tersenarai akan dipanggil pada hari yang sama, mungkin dalam pukul 5.00 petang.”

Beliau turut menjelaskan pendekatan mengumumkan calon lebih awal kali ini, lebih memudahkan urusan pentadbiran kerana lebih banyak masa diambil untuk menguruskan surat perletakan jawatan di dalam pekerjaan yang disandang, tidak kira penjawat awam, ahli perniagaan dan sebagainya.

Penamaan Calon

Beliau turut menyeru agar semua pihak menerima keputusan yang dibuat oleh pucuk dengan hati yang terbuka. Yang penting, kita lebih mengutamakan usaha memenangkan parti.

Sejurus penamaan calon juga, kita perlu berkempen dan memperkenalkan calon, jika calon baru kita perlu perkenalkan.

Beliau turut menjelaskan tidak tahu menahu jumlah calon muda dan perlu tunggu apa yang diputuskan oleh Presiden parti.

Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda BN Kebangsaan pula berkata, Pemuda sudah lama bersedia untuk gempur dan menanti pengistiharan calon seluruh negara.

Kemudian, pemuda akan meneruskan usaha-usaha membantu parti.

Beliau turut menasihatkan agar pemuda yang tidak dipilih sebagai calon jangan berkecil hati dan kecewa. “Perjuangan perlu diteruskan, apa yang penting ialah BN perlu menang di PRU ini.

Setakat ini ujarnya, “tidak ada kedengaran dan gangguan nama disenaraikan atau tidak disenaraikan akan berbuat sesuatu. Pemuda lebih menjurus kepada semangat kesetiaan kepada parti.”

Terdahulu Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, menyempurnakan gimik pelancaran Gerak Gempur Pemuda BN Rembau.

N9kini.net

No comments:

Post a Comment