Followers

rantau ku sayang

Wednesday, April 17, 2013

KASI CILI BUNTUT TAUFEK : TAUFEK PENIPU DAN CUBA SERANG PDRM DAN SPR

Saturday, October 13, 2012

Barangkali sudah tenggelam punca atau barangkali sudah terlalu bangang sehingga ke tahap yang sukar diungkapkan dengan akal, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan merangkap ADUN Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani menuduh anggota-anggota polis dari Cawangan Khas (SB), terlibat dalam politik menyebelahi Barisan Nasional dan UMNO.

Untuk tujuan tersebut, PAS Negeri Sembilan dikatakan sedang mengumpulkan pelbagai bukti dan maklumat untuk mengabsahkan tuduhan berkenaan.

Serangan terhadap PDRM semakin berterusan. Selain SPR, PDRM merupakan entiti kedua yang kuat diserang oleh Pakatan Rakyat. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menimbulkan persepsi di kalangan rakyat bahawa entiti-entiti berkenaan melakukan pelbagai kesalahan demi memastikan UMNO dan Barisan Nasional menang pada PRU13 nanti.

Kempen menyerang SPR begitu giat dijalankan oleh PKR dan DAP sambil dibantu oleh PAS. Sebabnya amat mudah, Pakatan Rakyat yang sudah berkempen dan meuar-uarkan kemenangan mereka pada PRU13 nanti, enggan menebalkan muka kepada rakyat apabila keputusan sebenar PRU13 tidak berpihak kepada mereka.

Pada masa yang sama, memberikan tekanan kepada SPR untuk membantu Pakatan Rakyat menang dan merampas Putrajaya. Kalau Pakatan Rakyat menang, maka SPR telah menjalankan tugas dengan adil. Kalau Pakatan Rakyat tidak menang, maka SPR telah menipu.

Itu sebenarnya tujuan mereka.

Begitu jugalah dengan PDRM yang telah menjalankan tugas-tugas mereka dengan cemerlang bagi memastikan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan selamat. Kempen-kempen memburukkan dan menghodohkan imej PDRM telah dimulakan oleh Anwar Ibrahim, manakala PAS yang diketahui memang baghal dan sentiasa mengikut serta patuh dengan apa-apa sahaja yang dibuat oleh Anwar Ibrahim memandangkan para pemimpin mereka sendiri tidak mempunyai otak dan kecerdikan, turut terperangkap dalam mainan berkenaan.

Berdasarkan sejarah, pada tahun 1996,  Anwar Ibrahim telah berusaha menggunakan PDRM untuk memadamkan amalan hinanya iaitu meliwat jantan dan betina sesuka hati, sekaligus mengukuhkan kuasanya selaku pengganti Dr. Mahathir. Bagaimanapun, perancangan Allah Taala lebih baik berbanding mana-mana rancangan manusia, termasuklah Anwar Ibrahim sendiri.

Selepas diterajang keluar dari kuasa, Anwar Ibrahim terus meroyan dan sentiasa menyalahkan pihak polis atas apa yang berlaku kepadanya. Anwar bahkan melakukan provokasi agar dia dicederakan oleh Ketua Polis Negara untuk membuktikan kepada orang ramai yang bersimpati dengannya bahawa polis memang kejam, zalim dan sentiasa bekerja bagi pihak Barisan Nasional.

Taktik itu masih berterusan sehingga kini, ditambah pula apabila Pakatan Rakyat yang sedang teruja untuk memenangi lebih banyak kerusi pada PRU13 terasa bahang kekalahan dan kegagalan buat kesekian kalinya. Kerosakan imej entiti-entiti seperti SPR dan PDRM, dilihat dapat membantu mereka untuk mewujudkan gelombang kebangkitan rakyat sepertimana yang berlaku di Jazirah Arab, bukannya menerusi Pilihanraya.

Kalau tidak, masakan Hishamuddin Rais menerusi blog dan ceramahnya bersungguh-sungguh menyatakan bahawa jikalau Pakatan Rakyat kalah pada PRU13, malam keputusan dan keesokan harinya, para pengikut Pakatan Rakyat akan memenuhi jalanraya untuk merusuh dan merosakkan harta benda awam sehingga mampu menjemput kuasa asing seperti Zionis masuk ke negara ini untuk menggantikan pentadbiran awam dengan kuasa kolonialisme!!!

Dan melihat kepada tindak-tanduk beberapa orang pemimpin PAS yang diketahui amat mirip kepada Anwar Ibrahim dan DAP, kita sudah boleh menjangkakan apa sebenarnya yang sedang mereka rancangkan!

SUMBER

No comments:

Post a Comment