KEMASKINI :
Kalau nak kira ini sudah 'perang terbuka' antara PAS dan PKR.Mana
tidaknya belum panas Badrul Hisham Shahrin @ Chegu Bard diumum sebagai
calon PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh ,Pulau
Pinang...PAS celah masuk umum calonnya sendiri di tempat sama.
Rabu malam,Yusni Mat Piah, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang telah
diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS negeri itu Datuk Salleh Man sebagai
calonnya.
Selasa malam Pengerusi PKR negeri Datuk Mansor Othman umum Chegu Bard sebagai calon di situ.
Kata Salleh keputusan letak Yusni di situ adalah muktamad selepas berbincang dengan pimpinan PAS di Kuala Lumpur.
Yusni pula dakwa kerusi berkenaan asalnya milik PAS dan dipinjamkan kepada PKR semasa pilihanraya umum 2008.
Jika PKR tidak mahu berganjak maka akan berlaku pertandingan tiga penjuru bila BN umum calon kelak.
Polimek kerusi Sungai Aceh ini agak mengejutkan dan jelas
mengambarkan ada yang tidak beres dalam hubungan antara PKR dan PAS di
negeri itu-
Apa jadi Chegu Bard ?
Dalam banyak-banyak pengumuman calon PKR ini kira ada pelik
sikit.Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai 'Chegu Bard'
dipilih bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Aceh di
Pulau Pinang.
Sebelum ini ramai yang menduga salah seorang tukang canang PKR ini
yang selalu nampak glamour main isu nasional akan kekal bertanding
kerusi Parlimen.
Peliknya kenapa di Pulau Pinang.Ini kerana Badrul adalah orang Negeri Sembilan.
Pada pilihanraya umum 2008,bekas guru ini tewas di kerusi Parlimen Rembau pada Khairy Jamaluddin.
Manakala pada pilihanraya umum 2004 tewas di kerusi DUN Rantau ditangan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Pengumuman Badrul bertanding di DUN Sungai Aceh dibuat oleh Pengerusi PKR negeri Datuk Mansor Othman menerusi satu kenyataan.
Mansor akan bertanding kerusi Parlimen Nibong Tebal.
Pada pilihanraya umum 2008 kerusi itu dimenangi oleh calon BN Mahmud
Zakaria 5,011 undi menewaskan calon PKR Azhar Datuk Ahmad 4,761 undi.
Apakah PKR ada rancangan hendak letak Badrul sebagai Timbalan Ketua
Menteri ganti Mansor jika pakatan berjaya pertahankan Pulau Pinang?
Jika benar ini bermakna Pulau Pinang ditabir oleh 'orang luar' kerana Lim Guan Eng sendiri adalah dari Melaka.
Sebaliknya jika tiada sebarang rancangan besar untuknya ia boleh
dianggap macam orang kena ' buang daerah' kerana terpaksa dibawa keluar
dari Negeri Sembilan.-
No comments:
Post a Comment