Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook malam tadi menghamburkan
kata-kata biadab yang menghina Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di
hadapan lebih 1,000 penyokong pembangkang di Nilai.
Tanpa sedikit pun rasa hormat Siew Fook benar-benar melepaskan dendam
kesumatnya kepada Najib dengan membuat perbandingan antara Penasihat
Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Najib.
Beliau juga secara bongkak dengan menggunakan perkataan yang cukup kasar mengingatkan Perdana Menteri, negara ini milik rakyat. lihat sini
Mungkin Loke terdesak kerana akan kalah teruk di Negeri Sembilan dan DAP dijanghkakan hilang beberapa kerusi dalam Pilihanraya yang ke 13 ini. Ramai pemimpin DAP digugurkan pada kali ini.
Dato' Abd Samad |
Calon DUN Seri Menanti Dato' Abdul Samad ketika dihubungi menyatakan kesal beliau dan berkata Loke bukan sahaja menghina tetapi sangup memfitnah dan ini memang kerja pembangkang.
Katanya lagi , Loke tak payah berangan mahu menawan Dewan Undangan Negeri Sembilan , sedangkan di Parlimen Sereman sendiri beliau terpaksa menentang bekas rakan rakan karibnya.
Dato' ZaifulBahari |
Sementara itu , calon DUN Cembung Dato' Zaifulbahari pula berkata Pemimpin perlu dihormati dan diletakkan dihadapan walau selangkah. Harus
diletakkan diatas walau sedahan. Pemimpin yang hebat adalah pemimpin
yang pandai menghormati pemimpin yang lain.
Impian dan hasrat Loke untuk menawan NS adalah angan2 yang yang akan dinafikan oleh rakyat yang telah bosan dengan gaya kepimpinan yang sentiasa menanamkan rasa kebencian dalam masyarakat.
Rata rata rakyat yang ditemui mengutuk perbuatan Loke yang menghina Perdana Menteri dan berharap rakyat Negeri Sembilan mengajar Loke Siew Fook kali ini denganmeniolak DAP dan Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment