Followers

rantau ku sayang

Wednesday, April 17, 2013

Hasan Ali akan dilantik sebagai Sanator !!

Datuk Dr Hassan Ali antara nama yang bakal mengisi jawatan senator setelah BN kembali berkuasa menguasai Malaysia dan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Menurut sumber yang boleh dipercayai, selain Hassan Ali, nama-nama seperti Ibrahim Ali, Shahrizat Abd Jalil, Datuk Kamilia Ibrahim, Datuk Seri Rais Yatim dan beberapa lagi nama pemimpin lama BN bakal mengisi beberapa jawatan penting seperti Timbalan Menteri, senator, CEO dan Duta.

 Hal ini bagi mengukuhkan kekuatan BN diperingkat operasi, khususnya dalam organisasi kerajaan yang sejak akhir-akhir ini dipenuhi sarang penyokong pembangkang yang bertenggek dan bermuka dua.
Datuk Seri Najib memandang serius berkenaan kakitangan kerajaan yang semakin ramai menyokong pembangkang dan melakukan sabotaj dalaman bagi memburukkan organisasi tertentu. Antara organisasi kerajaan yang menjadi mangsa "serangan orang dalam" adalah seperti FELDA,Petronas, Universiti, Bank dan GLC.

 Bagi memantau dan memastikan organisasi-organisasi kerajaan ini berjalan dengan licin dan lancar, maka calon-calon BN yang tidak dicalonkan dalam PRU kali ini akan ditempatkan di organisasi strategik dan berperanan agar saiz penjawat awam yang menyokong pembangkang dapat dikurangkan dalam tempoh 5 tahun pemerintahan DS Najib yang akan datang.

3 comments:

  1. buang je yg sokong pembangkang. tak bersyukur

    ReplyDelete
  2. Jangan lupa Ust Nasharuddin, dia seorang yg amat berkaliber..dan gabungannya dgn Hassan Ali amat mantap dapat memperkukuhkan Kerajaan!

    ReplyDelete
  3. hassan ali dengan nasarusin akan kembali pada pas dan bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden pda muktamar akan datang.pru 13 akan menyaksikan ramai pemimpin tertinggi pas tersungkur...tunggu dan lihat...harun din akan dilantik sebagai mursyidul pas yang baru :)

    ReplyDelete