Followers

rantau ku sayang

Friday, April 12, 2013

Lisa Surihani tentang Aishah di Jempul ??

Jika BN terikut ikut cara PAS tentu sekali BN akan mempertaruhkan seorang artis yang muda seperti Lisa Surihani yang mempunyai ramai peminat dan juga ahli Puteri UMNO  untuk bertembung dengan Aishah yang telah expired ini. 

Tapi  UMNO tidak lah seperti PAS  yang mengharapkan kepopulariti seorang artis untuk cuba mencuri hati pengundi. Ini adalah kerana di Negeri Sembilan sudah tiada lebai lebai PAS yang lebih  suci dari Aishah.

Apakah sebenarnya  kehebatan Aishah yang melayakkan dia untuk menjadi wakil rakyat PAS.

Apakah hanya kerana Aishah sekarang  bergelar isteri pemimpin PAS dan secara automatik dia juga kini bergelar muslimat PAS dipandang begitu tinggi oleh pemimpin PAS pusat kerana dia adalah bekas artis. Kemana hala dan arah tujuan perjuangan Aishah sebenarnya. Apakah yang mahu diperjuangkan oleh Aishah di Jempul. 

Menurut Aishah, sebelum ini  dia  menyertai PAS kerana kecewa apabila tidak dilayan oleh seprang menteri wanita apabila dia mengadu mengenai masalah rumahtangga nya. Ini bermakna Aishah  berdendam dengan menteri berkenaan atau ini hanya alasan kerana  sudah berkahwin dengan pemimpin PAS.Apakah Aishah sememangnya  layak dari semua pemimpin PAS yang ada di Jempul ?

Apakah Aishah sebenarnya merasakan dirinya telah bersedia untuk menjadi wakil rakyat kepada pengundi Jempul. Kita tunggu dan lihat satu kejutan budaya yang alan berlaku di Jempul.

2 comments:

  1. Ese kalau betul Lisa ni nak botanding lawan Aishah esok pagi sei sanggup poie pindahkan daftar undi sei kek sanun.. Sei akan undi dio.. yes!!!

    ReplyDelete
  2. Aishah ada Janji Manis mu, amat sesuai dgn kehendak perangai org pakatan pandai janji tapi culas nak laksanakan.

    ReplyDelete