Followers

rantau ku sayang

Sunday, April 14, 2013

PANAS : ISU SIAPA FITNAH ANAK GUAN ENG LEBIH PENTING DARI ISU KRISTIANISASI...

Anwar Ibrahim dalam sidang medianya hari ini menolak program Himpunan Sejuta Umat (Himpun) dengan mendakwa program itu bakal menimbulkan kegelisahan dan kecurigaan di antara agama dan kaum di negara ini.

 Anwar mendakwa tidak ada sebab untuk takut gereja dan aktiviti Kristianisasi kerana mereka tidak mempunyai kuasa, sebaliknya kerajaan yang memerintah tidak melaksanakan tanggungjawabnya untuk meningkatkan kefahaman Islam di negara ini.

“Sebaliknya, mereka yang berkuasa hanya menyemai rasa takut. Kami tidak pernah percaya bahawa Islam sedang diancam oleh Kristianisasi, “katanya seperti yang dipetik dalam laman isterinya, wanazizahblog.com. Klik di sini

 
Himpunan Sejuta Umat yang bakal diadakan di Stadium Shah Alam, 22 Oktober ini adalahanjuran bersama lebih dari 24 NGO

Perhimpunan ini tercetus ekoran daripada titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengesahkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat majlis Thanksgiving Dinner di Dewan 3, Kompleks Dream Centre (DUMC) di Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu sebagai betul dan mendapati bahawa terdapat cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah di kalangan umat Islam di negara ini. 

Klik di sini
Pada Ogos lalu, Ketua Pembangkang itu turut menolak cadangan Datuk Dr Hasan Ali, Exco kerajaan negeri Selangor untuk menubuhkan Unit Selamat Akidah sebagai platform menerima aduan dan permohonan bantuan daripada umat Islam dan untuk membendung agenda Kristianisasi yang semakin merebak di negeri itu.

“Kita tidak harus menghalang mereka (gereja)… sesiapa sahaja, mana-mana kaum, mana-mana agama daripada menjalankan atau mengambil inisiatif untuk membantu sesiapa”, katanya. Klik di sini

No comments:

Post a Comment